Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Mata Masuk Habuk…” – Zara Zya Buat Peminat Sedih

Pandemik Covid-19 ni buat kita semua semakin rindu pada kampung halaman…adakah raya tahun ini kita dapat beraya di kampung bersama sanak saudara?

Published

on

Bulan Ramadan hampir tiba,  semestinya ramai di antara kita yang teringat kepada orang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila teringat pada orang tua kita yang berada jauh di perantauan. Tambahan pula, di saat dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 ini, semakin rumit la untuk kita mendapatkan kelepasan merentas negeri tanpa ada sebab yang kukuh. Baru-baru ini, aktres terkenal tanah air Zara Zya memuat naik sebuah video bersama ibunya telah mengundang emosi kepada pengikutnya.

@zarazyaofficialNo matter your age, you will always need your mom… ##zarazya♬ original sound – Mama_tripleD

 

Menerusi video Tiktok tersebut, gelagat Zara yang bermanja-manja bersama ibunya telah mengundang perasaan sedih kerana pengikutnya yang terlalu rindu kepada ibu mereka. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka meluahkan perasaan mengenai larangan rentas negeri kerana rindu pada kampung halaman. Ada juga di kalangan mereka yang rindu kepada ibu yang telah pergi meninggal mereka selamanya. Sedihnya.. kehilangan orang yang telah pergi buat selamanya ini sangat memeritkan..

Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Menurut Zara di kapsyennya, Zara berkata kita akan sentiasa memerlukan ibu bapa kita meskipun sudah pun berusia. Comel sangat gelagat Zara di samping ibunya yang tercinta. Memang nampak sangat Zara ini seorang anak yang baik hati, penyayang dan taat kepada ibu bapa. Perwatakan Zara yang lembut ini sehingga buat ada yang komen nak masuk meminang Zara. Wah, sangat terbuka dan berani ya anda! Orang manis ni siapa je yang tak jatuh hati kan..hiks!

Sayu hati apabila baca komen-komen wargammaya yang rindu pada kampung halaman dan keluarga tercinta ni. Agak-agak raya tahun ini kita dapat sambut di kampung tak…? Jom kita berdoa sama-sama..

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga:“Halau Rumah Cara Halus Ke?” – Warganet Terhibur Video Mak Tolong Lipatkan Baju Anak Nak Lari Rumah

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement