Connect with us

Semasa & Hiburan

“Masa Tu Akan Tiba Mommies”- Elfira Loy Mohon Maaf Buat Ramai Insecure Dengan Perkembangan Anaknya

Kata Elfira, setiap anak ikut waktu perkembangan masing-masing…

Published

on

Sebenarnya memang menjadi harapan setiap ibu bapa untuk melihat perkembangan anak tu berkembang dengan sempurna. Dari tak pandai berjalan, terus boleh berlari dan dari tak pandai bercakap, terus petah berkata-kata. Tapi setiap perkembangan anak itu tak sama dan itulah yang membuatkan sesetengah ibu bapa stress bila melihat perkembangan anak orang lain lebih cepat daripada anak mereka.

Disebabkan itu, pelakon Elfira Loy memuat naik satu kenyataan di Instagramnya memohon maaf kepada semua kaum ibu bapa sebab buat mereka stress dan  insecure melihat video-video perkembangan anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf. Menurut Elfira, dia menerima banyak soalan daripada kaum ibu terutamanya mengenai anaknya yang dilihat sudah pandai bercakap atau menyebut perkataan-perkataan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Baca juga: Belum 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, Ramai Kagum Anak Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan

Bagaimanapun, Elfira menyatakan anak-anak yang masih kecil semuanya pandai. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh kaum ibu adalah fokus pada setiap perkara baharu yang anak mereka lakukan. Kata Elfira lagi, dia sebenarnya tidak mengajar Rayyan membaca ABC ataupun mengenali nombor. Apa yang banyak dilakukannya adalah bermain dan berkomunikasi dengan Rayyan.

“Masa itu akan tiba okay mommies. Selangkah demi selangkah,” ujar Elfira menjelaskan perkembangan setiap anak itu berbeza.

Sementara itu, wargamaya lain juga turut bersetuju dengan Elfira dan minta untuk kaum ibu-ibu di luar sana tidak membandingkan anak mereka dengan anak orang lain yang dilihat lebih cepat pandai. Jadi buat kaum ibu bapa di luar sana, enjoy saat anak-anak membesar dan raikan setiap perkembangan anak tanpa tergesa-gesa mahu mereka cepat pandai.

Baca juga: “Sabar Ye Cik Man” – Kisah Pertemuan Sementara Cik Man Dan Kucing Jalanan Buat Netizen Turut Sebak

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement