Semasa & Hiburan
Maria Tengku Sabri Jadikan Bahan Mainan Kematian Anggota PGA?
Maria bersuara tentang isu ini selepas mendapat pelbagai kecaman.
Siapa tak kenal dengan pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tengku Sabri yang selalu buat kita terliur melihat dia menjamu selera di beberapa kedai makan terpilih menerusi dalam kaca televisyen.
Kini, Maria aktif di media sosial untuk berkongsikan resipi menu pilihannya. Lihatlah, baru-baru ini dia muat naik video cara masak Siakap Tiga Rasa.
View this post on Instagram
Tapi apa yang membuatkan timbul isu dalam kalangan netizen apabila dia menulis kapsyen yang tidak menyenangkan tentang kematian anggota Pegawai Gerakan Am (PGA) pada posting tersebut.
Kapsyen tersebut berbunyi…
“Apalah nak jadi, mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai,”
Kau ni kenapa sis Maria? Kau rasa kelakar ke panggil pegawai yang terbunuh masa bertugas mati kata lepas tu siap bubuh nama resipi lagi?.. ewww. Insensitive.
Adkaah family mangsa akan rasa terhibur melihat kejadian tragis menimpa diabadikan dalam menu siakap kau? pic.twitter.com/YFkzeUhc34
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) November 25, 2020
Namun, Maria bersuara tentang isu ini selepas mendapat pelbagai kecaman dan teguran dari netizen.
Bagaimanapun, Maria telah menyunting kapsyen asal bagi mengelakkan dihujani dengan kecaman.
Zaman teknologi ni, banyak perkara perlu dititik beratkan tidak kira dari segi percakapan dan tindakan sebab hampir 90% kehidupan seharian kita dalam dunia maya. Terutama bila diri kita sentiasa menjadi perhatian orang.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Anggota PGA ditembak dengan senapang angin
PGA tukar strategi, sistem rondaan sempadan negara
Sumber: twitter , igmariatengkusabri