Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Manisnya! Lyla Amina Pilihan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari

Perkongsian tersebut telah dikongsikan di dalam sebuah realiti program Scha dan Awal bersempena perjalanan mereka dari mengandung sehinggalah melahirkan anak mereka itu.

Published

on

Selepas sebulan lahirnya puteri kedua pasangan selebriti sama cantik sama padan Scha Alyahya dan Awal Ashaari, malam semalam mereka telah berkongsi nama puterinya iaitu Lyla Amina. Perkongsian tersebut telah dikongsikan di dalam sebuah realiti program Scha dan Awal bersempena perjalanan mereka dari mengandung sehinggalah melahirkan anak mereka itu.

Jika sebelum ini adik Lara Alana hanya dipanggil Baby L sahaja, kini adik Lara sudah boleh dipanggil dengan nama Lyla. Nama indah yang penuh makna itu sudah pasti membuatkan tuan empunya badan sentiasa disayangi oleh keluarganya.

Semalam juga, Scha sempat berkongsi sepotong video pendek di Instastory Instagram miliknya tentang pengumuman nama anak keduanya, Lyla. Sementara itu di Instagram milik pengacara hebat, Awal pula sempat berkongsi petunjuk nama anaknya itu sebelum program tersebut disiarkan.

LA or LY? Haaa dua huruf ni yang buat Daddy tak boleh tidur malam.

Menerusi perkongsian Awal, dia menyatakan mereka sukar untuk tidur malam memikirkan nama yang terbaik untuk anaknya itu dan akhirnya telah menemui kata sepakat bersama Scha untuk memilih nama Lyla Amina. Tambah Awal, mereka sukar untuk membuat pilihan berikutan ada dua pilihan nama yang menarik perhatian mereka namun apabila berbincang dan fikirkan yang mana paling sesuai dengan anaknya itu.

seperti bapa yang lain, Awal juga telah membuat temu janji dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendaftarkan nama anaknya. Terdahulu, Lyla Amina dilahirkan pada 12 Februari 2021 di sebuh hospital di Kuala Lumpur.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selamat Lahir Anak Kedua, Scha & Awal Tulis Warkah Untuk Lara Sampai Netizen Sedih

Ditegur tiada baby bump, suami Scha Al Yahya beri jawapan

 

 

Sumber: Instagram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement