Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Maksud Sebenar Darurat Yang Diumumkan Dan Kebenaran NGO Untuk Hulur Bantuan

Darurat ni tak sama dengan darurat zaman dulu…

Published

on

Minggu ini, bermulanya secara rasmi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Selain PKP, rakyat Malaysia juga dikejutkan dengan proklamasi darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Ekoran daripada pengumuman itu, ramai juga yang menyamakan darurat ini sama seperti darurat zaman dahulu.

Jadi apa makna sebenarnya darurat yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri kita ni? Kalau ikutkan penjelasan, bentuk darurat yang diiystiharkan semalam bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera. Tambahan lagi, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan. Sebaliknya, sepanjang tempoh darurat ini, pentadbiran awam akan terus berfungsi seperti biasa.

Dari segi pentadbiran kerajaan pula, jemaah menteri dan badan kerajaan akan terus berfungsi menurut perlembagaan persekutuan. Bagi PKP kali kedua ini, kerjasama semua pihak amat diperlukan termasuk pihak swasta, dan ini merupakan pengorbanan kedua buat rakyat Malaysia. Jadi, tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang mengganggu urusan kerajaan tangani wabak COVID-19 dan ekonomi negara.

NGO Masih Boleh Membantu Dengan Kebenaran Pihak Polis

Dalam pada itu, sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dilhat amat bermakna buat mereka yang berada dalam kesusahan. Bukan sekadar bantuan semasa pandemik COVID-19 melanda, tetapi semasa bencana banjir juga. Menerusi perbincangan bersama Puan Nurainie Haziqah, Pengerusi Wanita Muda Negara dan juga merupakan seorang penguam, NGO sememangnya antara badan yang bergerak aktif dalam menghulurkan bantuan.

Image via: Facebook

Menurut beliau, sepanjang tempoh PKP ini memang sukar untuk puaskan hati semua pihak. Namun, secara amnya bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini, mesti ada kerjasama antara rakyat dan kerajaan. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan PKP ini, tapi perkara itu memang perlu dilakukan bagi mengawal penularan wabak. 

Sementara itu, mengulas mengenai pergerakan bantuan sepanjang tempoh PKP ini, Nurainie tidak melihat ia sebagai satu beban kerana masih boleh melakukan pergerakan dari daerah ke daerah atau ke negeri lain. Menurutnya, permohonan masih boleh dibuat untuk merentas negeri atau daerah. 

Image via: Facebook

Dapat dilihat juga sedikit kelonggaran yang diberikan kepada rakyat dalam PKP kedua ini. Antaranya, banyak pejabat-pejabat yang masih dibenarkan beroperasi jika dibandingkan dengan PKP pertama dahulu. Jadi ia menunjukkan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan ekonomi rakyat dapat berjalan dan dalam masa yang sama, rakyat juga perlu jalankan tanggungjawab untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Lampu Hijau Daripada Dato’ Sri Ismail Sabri Kepada Semua NGO

Dalam pada itu, Dato’ Sri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Pertahanan) juga telah menyatakan bahawa pergerakan bantuan kemanusiaan oleh NGO atau secara perseorangan adalah dibenarkan tetapi perlu mendapatkan dahulu kebenaran daripada pihak polis. Bila dah sampai di lokasi, NGO tersebut perlu lapor diri dengan pusat pengurusan bencana daerah supaya ada rekod kehadiran siapa yang datang. 

Image via: Bernama

Menurut Ismail Sabri, mereka yang ingin membantu sememangnya mempunyai niat murni, tetapi perlu diingatkan juga keselamatan tetap diutamakan. Tambahannya lagi, adalah lebih baik kalau dapat buat swab test sebelum tiba ke daerah yang ingin dibantu. Jika ada yang ingin membantu tetapi bawa sekali wabak COVID-19, maka ia akan membahayakan keselamatan orang awam. Jadi mungkin ada diantara anda yang ingin membantu tapi bergejala dan datang dari zon merah, lebih baik tundakan dahulu niat tu.

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

KKM Keluarkan Senarai Lokasi Secara Terperinci Bagi 11 Kluster Baharu

Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement