Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Makna Sebenar ‘Daulat Tuanku’ Dan Asal Usulnya

Raja dan rakyat berpisah tiada…

Published

on

Perkataan yang biasa didengari, namun tak ramai yang faham pengertian penuh dan apa makna sebenar di sebalik ‘Daulat Tuanku’ yang sering dilaungkan oleh rakyat. Sebelum bercerita lanjut, jom kita fahami dahulu makna perkataan ‘Daulat’ menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Makna Perkataan ‘Daulat’

Perkataan Daulat ini sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud ‘kerajaan’, atau ‘gugusan jajahan.’ Manakala mengikut terjemahan DBP pula, Daulat itu membawa maksud bahagia, bertuah dan juga kuasa atau hak yang selalunya penggunaannya disandarkan kepada pemerintah sesuatu negara. Jadi jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, ‘Daulat Tuanku’ boleh membawa makna ‘Berbahagialah Tuanku’ iaitu satu ungkapan berbentuk doa ke atas kesejahteraan baginda Tuanku.

Kenapa perlu mendoakan kesejahteraan Raja yang memerintah? Ianya tidak boleh dilihat secara direct. Difahamkan kesejahteraan Raja yang memerintah adalah supaya baginda Tuanku dapat terus memerintah negara dengan aman dan dikurniakan kesihatan, agar dapat mentadbir rakyat jelata dengan adil dan saksama. Di situ lah definisi yang perlu dilihat apabila tiap kali kalimat ‘Daulat Tuanku’ dilaungkan. Ia merupakan manifestasi ‘Raja dan rakyat berpisah tiada.’

Asal Usul Laungan ‘Daulat Tuanku’

Sewaktu pemerintahan Raja Melayu pada zaman dahulu, mereka mempunyai kuasa mutlak dan juga berperanan sebagai hakim dalam menjalankan hukuman. Jadi, Daulat Raja Melayu pada waktu itu adalah lambang kuasa mutlak yang tidak boleh disaingi. Sebelum kedatangan Islam, perkataan Daulat Tuanku hanya semata-mata digunakan sebagai menuntut taat setia daripada rakyat. Jika derhaka kepada Raja, maka si penderhaka akan terkena ‘tulah’ Raja. Pada waktu itu rakyat sangat takut untuk membelakangkan Raja kerana kuatir terkena ‘tulah’ daripada Raja.

Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan pelantikan Raja Melayu. Dikisahkan persefahaman janji bermula di antara Demang Lebar Daun dan juga Sang Sapurba. Demang Lebar Daun asalnya merupakan Raja Palembang tetapi merendahkan dirinya menjadi rakyat. Dia kemudian mengangkat bakal menantunya, Sang Sapurba sebagai satu-satunya Raja bagi orang-orang Melayu. Maka, termenteraikan perjanjian antara rakyat dan Raja yang mana jika dicurangi perjanjian tersebut akan terkena ‘tulah.’ Perkataan ‘Daulat Tuanku’ juga lahir selepas perjanjian ini yang dilontarkan sendiri oleh Demang Lebar Daun kepada  Sang Sapurba sebagai tanda ingatan perjanjian tersebut.

Ia merupakan perjanjian antara rakyat dan juga Raja yang menaiki takhta. Sekalipun ‘Daulat’ merupakan pegangan Raja Melayu terhadap rakyatnya, yang paling ditakuti oleh rakyat adalah Raja yang zalim, kejam dan tidak berlaku adil. Maka, disebabkan itu laungan ‘Daulat Tuanku’ adalah sebagai ingatan bukan sahaja untuk rakyat, tetapi untuk baginda Tuanku terhadap kepercayaan yang telah diberikan rakyat. Ia adalah sumpahan dua hala antara rakyat dan juga Raja yang memerintah.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Tipu Kaki Kudung Raih Simpati Mengemis, Rupanya Miliki 5 Aset Kediaman

Khabib Tinggalkan Gelanggang UFC. Ini 3 Sepupunya Yang Bakal Sambung Legasi Kejuaraan

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement