Semasa & Hiburan
“Lofa Tak Tahu Masak & Dia Bukan Paling Pembersih,” – Bella Bongkar Rahsia Neelofa
Bella bongkarkan sisi lain Neelofa.
Sejak dua tiga hari ini, media sosial penuh dengan cerita pelakon Neelofa yang sudah mula mengubah penampilan dirinya dengan memakai niqab.
Tapi bukan itu yang menjadi topik kali ini.
Sumber: cittabella
Apa yang membuatkan kami terpanggil apabila kakaknya, Noor Nabila dan rakan baik mereka, Rosix menerangkan rahsia Neelofa yang orang ramai tak tahu.
Pembongkaran itu dilakukan menerusi rancangan Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di siaran You Tube.
Menurut Noor Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella, Neelofa seorang yang sangat komited, berkerja keras dan tegas dengan keputusannya. Kemudian, Bella membongkarkan sisi lain Neelofa.
“Lofa dia tak pandai masak tapi sekarang dah tahu masak. Dia tak mandi pun tak apa kalau dah tiba mood malas dia dan dalam keluarga dia bukan seorang yang paling bersih. Dia tak menanglah award tu,” jelasnya.
Namun, Neelofa pantas menjelaskan bahawa dirinya bukan tak pembersih cuma ahli keluarganya saja Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang terlalu mementingkan kebersihan.
Biasalah, manusia tak sempurna dan setiap daripada kita yang wujud di bumi ini adalah untuk saling melengkapi.
Jom dengarkan sembang santai mereka bertiga.
Semoga Neelofa terus menjadi ikon seluruh wanita dalam memberi inspirasi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Selesai Sudah Majlis Hari Ini..”- Ibu Beri Hint, Neelofa & Haris Ismail bertunang?
Kanak-Kanak Sindrom Down Jadi Mangsa Buli Di TikTok, Ini Pesanan Daripada Neelofa Buatnya
Sumber: youtube