Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Linda Rafar Nafi Pernah Gaduh Dan Saman Menyaman Dengan Kakitangan Hospital

Pernah terpalit dengan kontroversi bergaduh dan saman menyaman pihak hospital, akhirnya tampil menafikan semua dakwaan…

Published

on

Sebelum ini agak kecoh juga dengan kisah melibatkan Linda Rafar yang pernah meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diterima arwah ibunya dari jururawat di sebuah hospital. Ekoran dari itu, muncul cerita menyatakan dia dan pihak hospital bergaduh sehingga membawa kepada episod saman menyaman.

Menerusi hantaran terbaharu Linda di laman Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pihak hospital terbabit. Tambahnya lagi, cerita tentang pergaduhan dan episod saman menyaman antara dia dan hospital hanyalah kisah yang disampaikan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab.

β€œKami tidak pernah bergaduh atau saman menyaman. Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menangguk di air yang keruh,” tulis Linda menjelaskan keadaan sebenar.

Dalam pada itu, sempena hari ulang tahun kelahiran Linda, dia turut berkesempatan memberi sedekah makanan buat kakitangan yang berkhidmat di hospital berkenaan. Tambahnya, sedekah tersebut diniatkan khas untuk arwah ibunya iaitu Rasimah binti Abd Rahman. Linda juga cukup bersyukur kedatangannya disambut dengan penuh keceriaan oleh pihak hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)

Menurut Linda, Hospital tersebut merupakan tempat dia dan adik beradik berkumpul dan menjaga arwah ibu. Linda turut menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak hospital selama ini, dan kisah pergaduhan tersebut adalah tidak benar.

β€œTerima kasih kerana berperanan besar dalam membendung wabak COVID-19 ini. Ramai pesakit telah anda bantu dari awal sampai akhir,” tambahnya menzahirkan penghargaan buat barisan hadapan.

Di kesempatan itu, Linda turut menzahirkan penghargaannya buat pihak pengurusan hospital terbabit serta semua petugas barisan hadapan ke atas segala pengorbanan dan peranan dalam membendung penularan wabak COVID-19.Β 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Jahanam Diet Ayah Kau Ni” – Anak Jantan Masak Talapia Kering Bermadu, Muka Serius Cuit Hati Netizen

[VIDEO] Bekas Banduan Ditangkap Mencuri, Penghuni MAEPS Rasa Tak Selamat

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement