Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Lelaki Ini Relakan Diri Jadi ‘Punching Bag’ Untuk Perolehi Pendapatan Lumayan

Kira berbaloilah juga kena belasah…

Published

on

Jika kita berasa tertekan dengan masalah peribadi ataupun masalah di tempat kerja, mungkin cara paling seronok untuk melepaskan tekanan tersebut adalah dengan melepaskan tumbukan pada karung tinju. Di Jepun pula, karung tinju itu tidak semestinya dalam bentuk objek kerana merelakan badan kita untuk ditinju juga sudah menjadi antara pekerjaan popular di sana.

Budaya kerja di Jepun memang dikenali penuh dengan tekanan, dan ‘manusia’ karung tinju dijadikan sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan. Seorang bekas petinju kickboxing, Akira Hareruya, juga merupakan individu yang menawarkan servis melepaskan geram ke atas tubuhnya. Pekerjaan itu dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan.

Akira yang berusia 50 tahun itu dikatakan mengenakan bayaran sebanyak 1,000 yen (lebih kurang RM39) bagi tempoh seminit untuk setiap orang yang mahu ‘memukulnya’. Bila ditanya kenapa Akira menawarkan servis itu, dia berkata apa yang dilakukannya itu adalah untuk mencari duit selepas dibebani hutang 200 juta yen (RM7.8 juta).

Sudah Menjadi Trend Di Jepun

Trend terbaru di Jepun itu dinamakan Nagurareya iaitu aktiviti yang membolehkan pelanggan dengan bebas memukul seseorang untuk menghilangkan tekanan. Dengar seperti menyeronokkan, namun Akira yang mengasaskan idea itu tetap perlu memakai pelindung diri ketika ‘dibelasah’ pelanggannya. Aktiviti itu juga dikatakan mula popular sejak 10 tahun lalu terutama di daerah Kabukicho, Shinjuku, Tokyo.

 

Menurut Akira, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang bekerja di pejabat. Mereka hanya mahu melepaskan tekanan yang dialami dari tempat kerja. 

Bukan Akira sorang sahaja sebagai bekas petinju yang melakukan pekerjaan itu. Disebabkan pendapatan yang agak lumayan, ramai petinju lain mengikut jejak langkah Akira untuk menjadi ‘karung tinju manusia’.

Tambahan lagi, Akira turut menyatakan dalam sehari dia akan menerima 40 pelanggan dengan bayaran keseluruhan kira-kira 40,000 yen (atau RM1,569) sehari. Bagaimanapun, perkara yang tidak seronok buat ‘karung tinju manusia’ adalah terpaksa berlakon menjadi ‘orang bodoh’ dengan merelakan diri dipukul pelanggan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kecewa Putus Tunang, Lelaki Ini Nekad Teruskan Perkahwinan Dan Nikahi Diri Sendiri

“Menangis & Peluk Rakan Minta Bantuan” – Remaja Maut Disambar Petir Dalam Bilik Semasa Dengar Lagu

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement