Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Lelaki Ini Dakwa Mampu Sembuhkan Penyakit Hanya Dengan Kentut Di Muka Pesakit

Hanya dengan kentut di muka pesakitnya, lelaki ini dakwa mampu sembuhkan penyakit…

Published

on

Perkara-perkara karut atau amalan-amalan yang tidak boleh dijelaskan dengan logik akal ini sebenarnya masih diamalkan sehingga ke hari ini. Walaupun dunia sudah semakin moden, namun amalan-amalan ini masih diteruskan. Tidak kira betapa pelik kita mendengarnya, seorang paderi di Afrika Selatan ini didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit.

Memang langsung tidak ada logiknya macam mana sesuatu penyakit itu dapat disembuhkan dengan hanya paderi tersebut kentut ke muka pesakit yang datang menemuinya. Menurut laporan, paderi yang dikenali dengan nama Christ Penelope, berasal dari Bandar Siyandani, Limpopo itu berkata dia bukan sekadar kentut, tetapi kentutnya itu mampu memberi kesembuhan.

Walaupun ramai yang datang kepadanya untuk mendapatkan kaedah rawatannya, Penelope bagaimanapun mendapat bantahan daripada paderi lain yang merasakan bahawa kaedahnya itu mampu memburukkan nama baik gereja. Mereka yang membantah beranggapan bahawa perbuatan Penelope bertentangan dengan kepercayaan agama mereka. 

Tentangan yang diterima oleh Penelope tetap tidak menghalang orang ramai untuk datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan rawatan. Malah ada juga yang sanggup beratur lama dan menunggu giliran selama dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya. Tidak kurang juga ada yang mengumpul kentut Penelope dalam bekas yang bertutup.

Sementara itu, Penelope mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah untuk menunjukkan kuasa Tuhan. Menurutnya lagi, kentut ke muka orang adalah penting supaya ‘tenaga penyembuhan’ dapat masuk ke dalam badan dan menyembuhkan pesakitnya. Tidak kira kecaman yang diterima, bagi Penelope dia tidak kentut ke muka pesakitnya, tetapi tindakannya itu adalah untuk merawat pesakitnya. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Puas Update Pasal Makan, Awal Ashaari Tunjuk Artis Yang Hadir Majlis Perkahwinan Syamel & Ernie Zakri Pula

Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

Sumber berita: Harian Metro & Times Now News

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement