Connect with us
On Air Di Kool

Semasa

Lelaki 71 Tahun Nikah Gadis 18 Tahun Di Subang..

Abah Sarna dan Noni dilihat mesra seperti mempelai bahagia walaupun…

Published

on

Kalau dulu pernah viral nenek kahwin dengan jejaka muda, kali ni sekali lagi viral lelaki berusia 71 tahun yang mungkin bagi lelaki seusianya sudah layak dipanggil ‘atok’ berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun.

Kejadian ini berlaku di Subang, Jawa Barat Indonesia.

Bukan saja itu, hantaran diberikan si lelaki kepada isterinya iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.

Apa yang mengejutkan, hantaran itu terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka. Portal Tribunnews melaporkan, perbezaan usia 53 tahun tidak menghalang kedua-duanya disatukan.

Dilaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Abah Sarna manakala isterinya bernama Noni berasal dari Bunut Pangsor, Pegaden, Subang, Jawa Barat. Perkahwinan pasangan itu menjadi tular selepas gambar pernikahan mereka dimuat naik di akaun Facebook Ririn Priyanti.

“Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI (yang bujang, jangan iri hati),” tulis Ririn Priyanti.

Daripada hantaran itu, pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung di Pegaden, Subang. Malah, gambar yang dikongsi menunjukkan Abah Sarna dan Noni memakai dua pakaian berbeza pada hari bersejarah mereka.

Mesra walau beza usia

Abah Sarna dan Noni dilihat mesra seperti mempelai bahagia walaupun perbezaan usia yang sangat jauh. Abah Sarna turut dilihat mengucup kening gadis yang dinikahinya itu. Noni pula hanya tersenyum kerana tersipu malu selepas mendapat kucupan daripada suaminya.

Di Facebook milik Agus Suyajaya pula, foto menunjukkan mempelai memakai pakaian pengantin berwarna merah jambu. Malah, turut disertakan gambar hantaran perkahwinan pasangan itu termasuk sebuah motosikal, tilam, almari dan barangan kelengkapan rumah.

Hantaran itu diangkut menggunakan dua kenderaan ke majlis perkahwinan itu. Pelbagai sumber memaklumkan, Abah Sarna memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819).

 

Baca juga:

Bila Wartawan Kahwin, Netizen Terhibur Cara Penyampai Berita Ini Baca Lafaz Izin Nikah

Impikan Kebahagian Nikahi ‘Kupu-Kupu Malam’, Akhirnya Dicurangi Di Hadapan Mata

 

 

 

 

Sumber: dream.c0,  Hmetro 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement