Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Lah, Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Burger RM460 Viral Tu

Ish, kasihan pula dengan lelaki ni..

Published

on

Bagi peminat setia burger pasti tak kisah berhabis duit semata untuk makanan kegemaran tu kan? Tapi adakah anda pasti, anda sanggup berhabis sehingga RM460 hanya semata untuk sebiji burger?

Ha, fikir semula. Hiks! Bukan apa, kisah yang berlaku baru-baru ini agak sedikit kelakar disulami perasaan kasihan.

Selalunya bila dijemput ke jemputan sambutan hari lahir, sebagai tetamu kita pergi makan, beri hadiah jika ada, ucap selamat hari lahir dan kemudian anda boleh pulang. Berbeza jika anda yang merancang sebuah majlis sambutan, maka anda perlu berbincang dengan rakan yang lain tetang lokasi, menu makanan dan paling penting bajet yang diperlukan untuk keseluruhan majlis.

Hurm, berlainan apa yang berlaku kepada lelaki ini apabila dipelawa ke majlis hari lahir rakan wanita yang tidak dikenali rapat dan disuruh membayar jumlah keseluruhan majlis secara sama rata.

Majlis tersebut diadakan disebuah hotel mewah dan cerita ini viral di Facebook kerana ramai merasakan apa yang berlaku kepada lelaki tersebut adalah tidak adil.

Begini, seorang wanita telah menjemput seorang lelaki ke majlis sambutan hari lahirnya dan mereka bukanlah rakan rapat, hanya baru berkenalan melalui beberapa mesej secara dalam talian sahaja. Disebabkan wanita tersebut mengajak dengan bersungguh, lelaki tersebut pun akhirnya pergi ke majlis sambutan hari lahir wanita itu. Di sana, lelaki tersebut hanya memesan hidangan burger serta minuman dan jumlah hidangannya hanyalah kurang daripada RM100.

Ini adalah burger yang dipesan lelaki tersebut.

Perlu diingat ya, mereka makan di sebuah restoran di hotel mewah jadi harga sebegitu untuk sebiji burger adalah normal. Apa yang mengejutkan adalah jumlah keseluruhan hidangan yang dipesan rakan-rakan wanita tersebut yang mencecah sehingga RM 3679 rakan wanita tersebut mahu membahagikan jumlah tersebut secara sama rata.

Bermakna, lelaki malang tersebut perlu membayar RM460 walaupun hanya makan hidangan berharga kurang daripada RM100. Lebih mengejutkan, mereka terpaksa menampung harga makanan wanita tersebut menjadikan jumlah keseluruhan perlu dibayar lelaki malang meningkat mendadak sehingga RM920.

Merasakan ianya tidak masuk akal, lelaki tersebut tidak mahu membayarnya kerana ia tidak adil. Rakan-rakan wanita tersebut memesan makanan jauh lebih mahal sehingga RM 500 untuk satu hidangan, namun dia terpaksa menanggung kos secara sama rata.

Wanita tersebut membuat posting di Facebooknya dengan mengatakan lelaki tersebut kedekut, namun tidak berdiam diri, lelaki yang menjadi mangsa keadaan turut membuat posting balas menjelaskan keadaan sebenar.

Ramai terkejut dengan tindakkan wanita itu dan memihak kepada lelaki malang tersebut dan cerita ini akhirnya menjadi viral. Ramai dilihat berkongsi dan memberi pendapat masing-masing.

Haih, nampaknya lepas ni kena hati-hati ler kalau dijemput ke majlis sambutan hari lahir kan?

 

Baca juga:

Lagi Kes Kena Scam Sehingga 1 Juta Ringgit. Elak Ditipu Dengan Cara Ini

Pegawai tadbir rugi RM121,300 ditipu Macau Scam

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement