Connect with us

Semasa & Hiburan

Lagu Raya Pertama Dirakamkan Dan Lagu Raya Yang Tidak Menceritakan Tentang Hari Raya

Inilah yang dikatakan lagu raya pertama yang dicipta dan dimainkan di Tanah Melayu. Sedap tak?

Published

on

Lagu sempena Hari Raya Aidilfitri ni boleh dikategorikan sebagai lagu bermusim. Dalam setahun tu, selama sebulanlah kita akan dengar lagu-lagu raya yang dimainkan di corong-corong radio. Baik lagu raya yang rancak sampailah yang membawa emosi sedih. Bertambah sedih lagi bila dengar lagu raya yang sedih tahun ni sebab tak dapat nak balik raya dek kerana wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda lagi di negara kita.

Tapi anda pernah tertanya-tanya tak dalam banyak-banyak lagu raya ni, lagu yang mana diciptakan dahulu? Adakah lagu Selamat Hari Raya dendangan Ahmad Jais? Atau lagu Suasana Hari Raya nyanyian Sharifah Aini? Sebenarnya lagu Hari Raya Aidilfitri dicipta lebih awal daripada lagu-lagu raya yang popular sekarang.

Lagu Raya Pertama Tahun 1936

Lagu sempena Hari Raya Aidilfitri yang pertama dikatakan dirakamkan di Tanah Melayu pada tahun 1936, hasil ciptaan Tengku Alibasha Che Ara Bangsawan dan didendangkan oleh Allahyarham Aminah Nani, yang juga dikenali sebagai Miss Aminah. Judul lagu ini adalah โ€˜Selamat Hari Raya.โ€™ Boleh dikira sebagai lagu klasik orang melayu. Bait-bait lirik pun tak macam lirik lagu raya yang moden. Tapi ada juga yang cakap lagu ni bila didengar macam seram. Mungkin sebab melodi dan juga kualiti rakaman lama yang membuatkan ia kedengaran seperti lagu seram. Walaupun begitu, rata-rata orang yang dah dengar lagu ni suka dengan liriknya yang dianggap mengambarkan bahasa melayu klasik.

Baca juga:ย Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

Ada yang dah dengar lagu ni? Cer komen sikit.

Bukan Lagu Raya Tapi Jadi Lagu Raya

Selain lagu pertama Hari Raya Aidilfitri, kita sebenarnya ada juga lagu yang dimainkan pada setiap hari raya tapi sebenarnya bukan lagu pasal hari raya pun. Dengar macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Lagu tersebut didendangkan oleh Allahyarham Sudirman yang berjudul โ€˜Balik Kampung.โ€™ Pada asalnya lagu Balik Kampung tidak diciptakan khas untuk masyarakat pulang ke kampung untuk menyambut hari raya. Lagu tersebut diciptakan dan ditujukan kepada para siswazah yang teruja nak balik kampung. Disebabkan lagu ini lebih harmoni dan menceriakan suasana pulang ke kampung, jadi ia secara automatik menjadi lagu raya mengiringi orang pulang ke kampung.

Lagu Selamat Hari Raya nyanyian Ahmad Jais juga dikatakan dicipta bagi tujuan mogok. Lagu ini sebenarnya dicipta oleh Allahyarham P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 bagi menyokong perjuangan pekerja-pekerja filem. Berikutan Malay Film Production milik Shaw Brothers tidak membayar gaji yang berpatutan, maka mereka semua melancarkan mogok sehinggalah ia berlarutan ke Hari Raya yang jatuh pada 1 Mei 1957. Semasa konsert amal untuk mengutip dana membantu perjuangan pekerja-pekerja ini, P. Ramlee dan Jamil Sulong telah menggubah sebuah lagu raya baru untuk dinyanyikan semasa konsert amal tersebut. Dikatakan beliau mengambil masa selama 10 minit je untuk menulis lagu tersebut.

Apa-apa pun, lagu baru atau lama, sambutan Hari Raya Aidilfitri mungkin akan nampak suram tanpa lagu-lagu raya yang memeriahkan lagi suasana hari raya.

Baca juga:Rumah-Rumah Warisan Melayu Dan Asal Usulnya

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement