Connect with us
Kool FM

Semasa

Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Buat Laporan

Kini, terdapat satu lagi laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti atas dakwaan mencabul pada Ahad lalu.

Published

on

Terdahulu kecoh dengan kes pendakwah selebriti, Syed Iqmal apabila direman kerana didapati melakukan jenayah merogol. Bermula daripada tu, sudah enam kes dilaporkan terkumpul atas kesalahan merogol dan mencabul.

Kini, terdapat satu lagi laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti atas dakwaan mencabul pada Ahad lalu.

Kali ini mangsa adalah seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dicabul suspek pada Disember tahun lalu di sebuah unit studio di Seksyen 7, Shah Alam.

wanita dirogol kehabisan minyak Archives - Bawang Rangers

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa berusia 26 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 4 petang dan kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Difahamkan, mangsa mengenali suspek menerusi media sosial pada 2018 dan mula berkawan sejak daripada itu. Modus Operandi (MO) suspek sama seperti kes sebelum ini yang mana dia akan mengajak mangsa keluar makan sebelum membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu mengambil barang,” jelasnya.

Beliau berkata, dengan laporan terbaru itu, secara keseluruhan pihaknya sudah menerima sembilan laporan membabitkan dakwaan rogol dan cabul.

Bagaimanapun katanya, dua daripada laporan itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pendakwah selebriti ditahan, dakwa rogol seorang gadis

Suntingan Video Selebriti Malaysia Main Permainan ‘Among Us’ Ini Bikin Dekah. Lawak Habis!

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement