Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Lagenda Tanah Air ‘Makcik Petir’ Meninggal Dunia

Perginya seorang pelakon veteran hebat dalam industri hiburan kita semestinya tiada ganti.. Selamat Jalan, Makcik Petir..

Published

on

Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti akan kembali kepada penciptaNya. Perpisahan yang paling menyayat hati adalah perpisahan yang kita tidak dapat dengar kembali suaranya atau melihat dirinya lagi. Pada pagi yang suram ini, kita kehilangan seorang pelakon veteran yang mempunyai bakat yang hebat serta mendapat tempat di hati peminat-peminatnya. Pelakon veteran terkenal tanah air, Hajah Noryati Bte Taib atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Makcik Petir’ telah menghadap illahi pada jam 1:45 minit pagi. Perkongsian yang dimuat naik oleh anaknya menerusi akaun Facebook Faizul Hafiz Hashim dibanjiri komen-komen wargamaya yang turut merasai kehilangan seorang lagenda tanah air.

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Makcik Petir amat dikenali kerana karakternya yang kelakar dan seorang yang sangat bersahaja. Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon, lebih-lebih lagi menjadi seorang pelakon veteran. Untuk menghafal dialog dalam sebuah babak filem atau drama itu memerlukan masa dan tenaga yang setimpal.  Meninjau di media sosial Twitter pula, rata-rata daripada mereka berkongsi beberapa ayat yang pernah diungkapkan oleh Allahyarharmah Noryati dalam drama-drama popular beliau seperti Sinderala, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana. 

Meninjau di ruangan komen penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, dapat dilihat rakan-rakan artis turut meluahkan perasaan sedih di atas pemergian pelakon yang terhormat ini. Beruntung pelakon-pelakon tanah air kita yang pernah berlakon bersama dengan Makcik Petir ini. Mesti banyak ilmu dan pengajaran dalam bidang lakonan yang beliau turunkan kepada anak-anak seni yang baru menjejakkan kaki ke dunia seni. Antara pelakon yang pernah bergandingan dengan Makcik Petir ini ialah Elfira Loy dan Ungku Ismail Aziz.

Pelakon veteran tanah air sewajarnya diberi penghargaan yang setanding dengan bakat mereka. Meskipun mereka telah pergi meninggalkan dunia hiburan dan lakonan, namun kita masih ditinggalkan dengan lakonan drama-drama mereka yang boleh menjadi pengubat kerinduan. Semoga roh allahyarham Noryati atau Makcik Petir berada di samping orang orang yang beriman. Al-Fatihah.

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Baca juga artikel menarik lain:

“Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

“Kalau Minta Tisu Dia boleh Ambilkkan Tak?” – Orang Ramai Teruja Robot Ganti Pelayan Kedai Makan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement