Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Koyak Teruk Masa Teman Isteri Berpantang” – Say Shazril Akui Cabaran Sewaktu Menerima Cahaya Mata Pertama

Say Shazril akui cabaran sewaktu kehadiran cahaya mata pertama, waktu tidur dan gym semua ke laut…

Published

on

Buat ibu bapa yang baru sahaja menerima cahaya mata pertama, ia tentu menjadi memori yang indah. Namun, cabaran bergelar ibu bapa baru tentu menjadi detik dugaan pertama dalam proses membesarkan anak. Itulah juga apa yang dirasakan oleh Dr. Muhammad Shazril Shahruddin, yang juga dikenali sebagai doktor sado, mengakui bukan mudah untuk jadi ibu bapa. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menerusi perkongsian Shazril di laman Instagramnya, beliau mengakui bahawa sewaktu awal-awal menerima cahaya mata pertama, beliau ‘koyak’ teruk semasa teman isterinya berpantang. Katanya, selepas berkahwin mereka hidup berdua selama 5 tahun, jadi sudah terbiasa dengan rutin harian yang tetap, iaitu waktu tidur, waktu pergi gym dan lain-lain. Tambahnya lagi, perbelanjaan bulanan juga sudah terbiasa untuk dua orang. 

“Bila Ace muncul, semua jadi kucar-kacir. Tidur ke laut, gym ke selatan, perbelanjaan bulanan ke utara timur barat,” ujar Shazril.

Bagaimanapun, Shazril yang menerima kata-kata daripada ibu bapa yang sudah ada pengalaman menyatakan bahawa cabaran ini akan berlalu tidak lama lagi. Memang benar, Ace, anak lelakinya sudah hampir memasuki 2 tahun dan dia akui masanya kini sudah kembali teratur. Selain itu, dari segi perbelanjaan bulanan pula, Shazril mengatakan rezekinya semakin bertambah selepas kehadiran Ace. 

Image via: Instagram

Namun, itu bukanlah bermakna dia boleh menarik nafas lega kerana masih perlu memikirkan soal pendidikan anaknya, masa depan serta hala tuju anaknya itu. 

“Tapi masa berbual panjang dengan isteri, dia bawa keluar topik macam mana nak besarkan Ace, nak hantar dia ke sekolah mana? Tak tahu apa Ace akan jadi bila dah besar nanti. Termati kelegaan saya,” kata Shazril. 

Dalam pada itu, Shazril turut menyatakan dia akan menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi. Baginya, luahan ini bukanlah ingin mengeluh, tetapi sebagai tanda kesedaran bahawa tanggungjawab bergelar ibu bapa itu adalah berbeza. Ujarnya lagi, tanggungjawab ibu bapa itu adalah sepanjang hayat. Sebagai penutup perkongsian, Shazril juga turut memberikan ‘tabik’ buat semua ibu bapa dan menyatakan mereka adalah yang terbaik.

Baca juga artikel menarik lain:

Lagu Aina Abdul Dekat Dengan Jiwa, Netizen Kongsi ‘Semalam’ Mengisahkan Hidup Mereka Juga

Sudah Lima Tahun Cari Jodoh, Jejaka Ini Akhirnya Minta Bantuan Polis Untuk Cari Calon Yang Sesuai

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement