Semasa & Hiburan
Komik Popular Malaysia ‘Lawak Kampus’ Bakal Menemui Peminat Di Kaca TV!
Tak sabar nak tonton siri komik kegemaran di kaca TV!
Kepada yang membesar dengan komik Lawak Kampus ni mungkin akan berasa teruja dengan berita ini. Siapa sangka komik yang menemani kita dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke remaja bakal menemui kita di kaca TV pula. Kalau yang dah ada anak tu memang berebutlah lepas ni dengan anak-anak nak tengok cerita kartun mana dekat TV.

Image via: Facebook
Menurut laporan terkini, sebuah syarikat produksi animasi, Lil Critter Workshop telah berjaya memperoleh hak penerbitan kepada Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) untuk mengembangkan siri komik ‘Lawak Kampus’ menjadi siri TV Anime. Kepada kaki anime juga ia mungkin bakal menjadi siri kegemaran baharu made by Malaysian.
LAWAK KAMPUS BAKAL JADI ANIME TV SERIES?!
Kalau tanya geng2 90s 00s konfem kenal dengan watak Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Xena, Bepop & Cikgu Noodle dari Komik Gempak! Nampak gaya Lawak Kampus bakal jadi Anime TV Series! Siapa sini fans tegar Lawak Kampus? 🙋♂️ pic.twitter.com/4aYk7aQBxx
— #zhafvlog (@zhafvlog) January 26, 2021
Siri TV Anime ‘Lawak Kampus’ akan mensasarkan kanak-kanak dan keluarga di wilayah Asia Pasifik. Siri ini juga dikatakan akan meneroka tema seperti perhubungan, penerimaan kawan-kawan dan juga diri sediri sepanjang zaman persekolahan. Siapa yang selalu layan siri komik ni dulu sewaktu zaman persekolahan memang akan mengimbas seribu satu kenangan tentang alam persekolahan.
Sebagai makluman, komik Lawak Kampus mula dilancarkan pada tahun 2003 dan telah menggegarkan industri komik di Malaysia. Tapi jangan ingat siri komik ini hanya dibaca di Malaysia kerana ia juga agak popular di Singapura, Indonesia, Thailand dan China. Jadi tak mustahil bila siri TV Anime Lawak Kampus ni mula ditayangkan, ia akan ditonton juga oleh peminat di negara lain. Apa-apa pun, memang tak sabar nak tengok aksi watak Aditas, Froggy, Si kosong, Bepop dan ramai lagi di kaca TV.
Baca juga artikel menarik lain:
Tak Perlu Sembelih, Kini Daging Boleh Dihasilkan Guna Pencetak 3D
Adakah Benar PKP 2.0 Tidak Berkesan?
Sumber daripada: Lil Critter Workshop