Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Kisah Seorang Lelaki Menjadi Genius Selepas Satu Insiden Malang

Keajaiban yang jarang berlaku…

Published

on

Kepintaran dan kebijaksanaan minda bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita miliki. Ada yang bertungkus-lumus study sampai tengah malam untuk memahami segala ilmu yang dipelajari dan akhirnnya menjadikan dia bijak. Ada juga yang cuma perlukan sedikit usaha je untuk dia menjadi orang yang bijak. Ilmuan zaman dahulu pun dikenali kebijaksanaan mereka hasil dari kajian yang mereka lakukan selama bertahun-tahun. Tapi macam mana kalau kita jadi genius dalam sekelip mata?

Kisah lelaki yang bertukar menjadi math genius ini berlaku di Washington, Amerika pada tahun 2002. Lelaki yang bernama Jason Padgett ini dikatakan telah diserang dan dipukul selepas dia keluar dari sebuah bar. Sebab apa dia di pukul tu tak pasti, tapi dia mengalami kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk. Selepas itu dia di bawa ke hospital dan doktor memberitahu dia mengalami gegaran otak yang agak teruk dan gangguan tekanan selepas trauma atau dikenali dengan nama PTSD.

Dikatakan kehidupan lelaki ini sebelum kejadian dia dipukul adalah sangat lain. Dia merupakan seorang jurujual perabot yang tidak mempunyai minat dalam bidang akademi. Dia juga merupakan seorang yang suka berparti dan enjoy bersama rakan-rakan. Kira macam budak nakal jugalah dia ni. Dia juga pernah mengatakan matematik adalah sesuatu yang bodoh dan tidak boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tetapi kesan dari kecederaan di kepalanya itu telah membuatkan dia memahami struktur atau konsep matematik yang kompleks.

Keajabiban Yang Jarang Berlaku

Kata Padgett, dia kini mampu melihat bentuk-bentuk geometri yang terdapat dalam kehidupan seharian. Menurut doktor yang menjalankan ujian terhadap Padgett, jarang untuk perkara seperti ini terjadi. Padgett merupakan salah satu individu yang mengalami savant syndrome dan mampu membuka keupayaan otaknya untuk memahami struktur matematik. Terdapat juga kes-kes lain di mana mereka yang mengalami kecederaan di kepala secara tiba-tiba mendapat keupayaan bermain muzik atau kebolehan melukis yang luar biasa. Tetapi jarang kes yang melibatkan keupayaan matematik seperti lelaki ni.

Padgett yang mengalami PTSD serta social anxiety selepas insiden itu, menyedari dia mampu melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Kalau sebelum ni dia nak melukis pun tak pandai, tapi lepas dia sudah menjadi math genius, dia mampu melukiskan bentuk-bentuk geometri hasil dari gambaran yang dilihatnya dalam kepala. Baginya, segala objek yang dilihat mempunyai bentuk geometri mengikut perkiraan matematik. Nak faham pemikiran dia ni pun pening sebenarnya.

Selepas kecederaannya, Pagett teruskan melukis bentuk-bentuk geometri yang kompleks. Sehinggalah satu hari dengan tak sengaja seorang ahli fizik ternampak Padgett sedang sibuk melukis di sebuah pusat membeli-belah. Dia kemudian mendesak Padgett untuk meneruskan pembelajaran dan latihan matematik secara formal. Sekarang Padgett merupakan seorang lepasan pelajar di kolej dan juga ahli teori nombor. Keupayaan Padgett yang luar biasa telah membuatkan neuroscientists yang lain berminat untuk mengkaji bagaimana kesan hentakan di kepala mampu mengubah otaknya menjadi genius.

Baca juga artikel menarik lain:

Ketahui 6 Peribahasa Ini Yang Sering Disalah Erti

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement