Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Kisah Benar Seorang Lelaki Yang Mempunyai Memori Selama 7 Saat…

Lepas 7 saat lupa dah nak buat apa tadi…

Published

on

Apa agaknya yang akan kita buat kalau orang yang rapat dengan kita mempunyai ingatan yang singkat. Lepas beberapa saat kita bercakap dengan dia, dia akan lupa apa yang kita cakapkan tadi. Kalau tiap-tiap hari berjumpa pun dia akan rasa macam baru hari ni atau semalam jumpa. Sebenarnya ingatan manusia ni memainkan peranan penting demi kelangsungan hidup. Kalau otak kita tidak mampu mencipta memori baru, maka kita boleh anggap diri kita tidak mempunyai kemampuan untuk berfungsi.

Memori Selama 7 Saat Sahaja

Terdapat satu kes di Ireland di mana seorang lelaki yang dikatakan tidak mampu untuk mengingati apa yang dilakukan, dilihat dan dikatakan 7 saat yang lepas. Ingatan lelaki ini hanya bertahan selama 7 saat sahaja. Clive Wearing merupakan seorang konduktor muzik dan choirmaster yang berjaya pada tahun 1985. Pada tahun yang sama, beliau juga baru berkahwin dengan isteri keduanya. Hidup dia mula berubah selepas dia dijangkiti virus herpes simplex, yang biasanya menyerang di bahagian mulut. Tetapi kali ini virus tersebut menyerang otaknya. Ia merupakan kebarangkalian yang sangat rendah untuk virus tersebut memasuki bahagian otak.

Otaknya mula membengkak dan keesokan harinya ingatanya telah hilang dan tidak akan kembali lagi. Bahagian otaknya yang mampu menyimpang memori jangka panjang telah rosak. Kes beliau kini banyak dijadikan kajian oleh pakar perubatan dalam bidang psikologi.

Masih Ingat Mempunyai Isteri Dan Anak-Anak…

Apa yang menyedihkan buat ahli keluarganya ialah banyak memori-memori lama yang telah hilang dari ingatannya. Isterinya yang sering mengunjunginya berkata dia akan lupa setiap kunjungannya dan akan merasakan seperti dah lama tak jumpa. Anak-anaknya juga melalui perkara yang sama sehingga merasakan sangat sukar untuk berjumpa dengan ayah mereka.

Image via: Facebook

Tetapi dia tetap ingat yang dia mempunyai seorang isteri dan juga anak-anaknya. Walaupun dia sering kali marah sebab merasakan keluarganya tidak datang berjumpa dengannya, selepas 7 saat dia akan lupa yang dia tengah marah tadi. Begitulah keadaan ingatannya sehingga kini.

Bagaimanapun, ingatannya mengenai muzik tidak pernah padam. Dia masih ingat bagaimana cara bermain piano. Mengikut pakar psikologi, ia disebabkan memori dia bermain piano tersimpan dalam ingatan proseduralnya, bermaksud pergerakkan dia bermain piano adalah secara automatik. Memori prosedural merupakan jenis memori yang tidak memerlukan otak untuk memproses maklumat. Contoh lain memori prosedural adalah seperti mengikat tali kasut, menulis dan berjalan.

Walaupun nampak seperti kes Clive Wearing ni agak unik, sebenarnya ramai lagi yang berkongsi nasib sepertinya. Mungkin berpunca dari kemalangan atau sakit sepertinya. Keluarga Wearing membuktikan walaupun mereka diuji dengan dugaan sebegitu, kasih sayang yang mereka bina tetap utuh. Biarpun keluarganya berasa beban dengan keadaannya, kerana kasih dan sayang mereka tetap bersama-sama menjaganya.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenapa Potong Bawang Buat Kita Menangis?

Kenapa Watak Kartun Mickey Mouse Pakai Sarung Tangan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement