Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan

Tahun ini juga merupakan tahun keempat Khairul Aming menyajikan content masakan di Instagram pada bulan Ramadan yang berkonsepkan 30 hari 30 resepi.

Published

on

Siapa tak kenal dengan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, seorang selebriti masakan yang memang popular di Instagram.  Namanya sering kali disebut-sebut lebih-lebih lagi sejak dia mengeluarkan produknya yang tersendiri iaitu ‘Sambal Nyet’. Laku keras sambal yang dijual oleh Khairul Aming sehinggakan ramai yang kecewa kerana ia kerap sold out. Mana tidaknya, sambal tersebut terjual sebanyak 10,000 botol dalam hanya 54 minit pada hari pertama ia ditawarkan di
Shoppee.

Tahun ini juga merupakan tahun keempat Khairul Aming menyajikan content masakan di Instagram pada bulan Ramadan yang berkonsepkan 30 hari 30 resepi.

 

Baca juga: “Tak Tahu Nak Fokus Pada Masakan Atau Che Nom..”- Netizen Puji Che Nom Cantik Persis Uqasha

3 tahun yang lalu, idea ini dilakar oleh Khairul Aming  kerana dia hanya ingin berkongsikan resepi bersama rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram. Hal ini adalah kerana, setiap kali Ramadan ramai yang kekeringan idea untuk memasak. Oleh itu, Khairul Aming melunaskan fikirannya bagi membantu mereka. Konsep yang dibawanya mudah, 1 hari 1 resepi. Tak perlu pening-pening, ikut saja menu yang disediakan sepanjang sebulan berpuasa.

Kini, Ramadan pun dah bermula, maka perjalanan 30 hari 30 resepi pun turut bermula. Khairul Aming menerusi laman Instagram miliknya berkongsikan satu trailer baru-baru ini. Trailer tersebut menandakan permulaan perjalanan sebulan bersama Khairul Aming.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Menerusi ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa teruja. Malah, ramai juga yang memuji video yang dimutnaik itu. “Gempak, seperti intro movie” 

Trailer pun dah gempak apatah lagi video masakkannya, pasti mengiurkan. Walaupun berpuasa di mana kita perlu menahan rasa lapar dan dahaga, wargamaya tetap ingin melihat video-video masakan Khairul Aming.

Resepi dah ada untuk 30 hari, tinggal nak ikut dan masak sahaja. Semoga bulan Ramadan tahun ini dipermudahkan buat kita semua.

Baca juga: “Outside You Are Fine, Inside You Are Comatose..” – Diana Danielle Mengaku Burnout Sehingga Dikatakan Malas

Sumber: Khairul Aming

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement