Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ketagih Curi Pakaian Dalam Wanita, Akhirnya Lelaki Ini Ditangkap

Apa punya hobilah ni…

Published

on

Kadang-kadang ni ketagihan manusia memang pelik-pelik dan ada masanya susah untuk kita terima. Kalau ketagih shopping atau ketagih main game tu mungkin perkara biasa. Namun seorang lelaki di Bangkok, Thailand ditahan polis selepas didapati mencuri ratusan pakaian dalam wanita. Bukan sehelai atau dua ye. Tapi ratusan!

Image via: Facebook

Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Fang itu dikatakan telah mencuri pakaian dalam wanita sejak dua tahun lalu di bandar Chiang Mai. Fang ditahan selepas seorang wanita berumur 29 tahun yang menginap di sebuah hotel di bandar itu membuat laporan polis apabila mendapati beg pakaiannya dicuri.

Pada awal siasatan, polis berjaya mengenal pasti identiti suspek hasil daripada penelitian rakaman CCTV di sekitar hotel. Kemudian, polis menjejaki Fang dan menemui kediamannya. Tapi tak disangka hasil pemeriksaan dalam kediaman tersebut, polis menemui beg mangsa bersama ratusan helai seluar dalam wanita.

Ini mungkin boleh dikatakan ketagihan yang jijik. Polis kemudian menahan Fang dan dia pun mengaku mencuri semua baju dan seluar dalam wanita tersebut. Apabila ditanya kenapa dia melakukan kerja-kerja pelik itu, Fang mengatakan yang dia mengagumi pakaian dalam wanita.

Fang dikatakan telah melakukan hobi terkutuk itu sejak dua tahun lalu dan kebanyakan pakaian dalam berkenaan dicuri dari kedai dobi layan diri.

Kes-Kes Curi Pakaian Dalam Lain Yang Pernah Berlaku…

Menurut laporan, terdapat beberapa kes yang sama juga berlaku pada tahun ini di ibu negara Thailand itu. Pada bulan April, seorang pemandu penghantar makanan di Chiang Mai ditahan kerana  disyaki mencuri bra dan seluar dalam ketika keluar menghantar makanan. Dalam rakaman CCTV, lelaki tersebut dilihat mengambil pakaian dalam wanita dari rak pengering, menciumnya dan kemudian mengambilnya.

Pada bulan Januari pula, pihak polis dikatakan telah menahan seorang lelaki kerana mencuri lebih 1,400 helai seluar dalam wanita di daerah Don Muang di Bangkok. Ini lagi gila sampai seribu lebih dia curi. Apa yang menjijikkan adalah lelaki ini mengakui bau seluar dalam wanita membuatkan dia berasa senang dan gembira.

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Peristiwa ‘Gelap’ Pulau Jerejak Di Pulau Pinang

Tak Suka Tinggal Seorang Diri Di Pulau? Ini 8 Pulau Paling Misteri Di Dunia

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo & The Thaiger

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement