Semasa & Hiburan
“Kesian Yusry, Tengok Muka Isteri Mesti Terbayang Ben,” – Netizen
Kini, Ben merealisasikan persoalan warganet sendiri sama ada wajah mereka sama atau tidak bila bergambar bersama dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka berdua di laman twitter.
Terdahulu pernah tular netizen samakan wajah pelakon jelita, Lisa Surihani dengan Ben Amir. Walaupun berbeza jantina tapi rupa mereka bila lihat sekali imbas mempunyai sedikit persamaan.
Lebih ‘drama’ lagi apabila ada segelintir benar-benar mempercayai hubungan mereka adik beradik walaupun Lisa hanya berseloroh mengakui Ben adalah adiknya sendiri.
Malah, ada yang sanggup sunting gambar mereka berdua bagi melihat persamaan kedua-dua wajah tersebut.
Kini, Ben merealisasikan persoalan warganet sendiri sama ada wajah mereka sama atau tidak bila bergambar bersama dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka berdua di laman twitter.
“Jumpa ‘kakak’ tadi. Korang rasa muka kitaorang nampak sama ke?”
Jumpa ‘kakak’ tadi. Do you think we look alike? 😂 pic.twitter.com/2IJxRbIEri
— Ben Amir (@BenAmirr) February 16, 2021
Menjengah ruangan komen, warganet ada yang bergurau dengan mengatakan suami Lisa, Yusry bakal mengalami gangguan selama dua tiga hari kerana apabila melihat Lisa pasti teringatkan Ben Amir.
Sama ke tidak? Min rasa ada sikit tapi harap Yusry memang tak bayang Ben Amir la bila tengok Lisa. Hiks!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Aksi Bell Ngasri Cuba Jadi Ben Amir Mencuit Hati Ramai!
Macam Mana Nak Ambil Suplemen Untuk Pertama Kali?
Sumber: twitter