Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kerana Hasad Dengki, Keluarga Adik Fattah Anas Dibomoh

“Penyakit ‘Ain’ itu benar-benar wujud seperti dipetik di dalam Al-Quran,”

Published

on

Agak lama kita tidak mendengar khabar berita tentang kanak-kanak cilik, Fattah Anas yang pernah tular duduk di dalam sangkar kucing sambil membuat bunyi kucing.

Terbaru, menerusi posting yang dimuatnaik bapa kepada Fattah Anas, dia memaklumkan dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara perbuatan sihir berpunca kerana perasaan hasad dengki.

ImageImage

Malah, dia turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana terpaksa menanggung sakit dan banyak wang telah habis untuk rawatan. Lebih menyedihkan lagi apabila dua orang anaknya, Anas dan Aneesa terkena tempias sekali.

Dalam pada masa sama juga dia merayu agar si pelaku menghentikan perbuatan keji ini.

Image

Bagaimanapun, seorang individu yang menggunakan nama samaran di laman twitter, @IBCIG memberi sedikit nasihat bila berada di zaman teknologi serba canggih ini.

Menurutnya, boleh membuat perkongsian di media sosial tapi jangan terlalu kongsi segala benda kerana kita sendiri tidak tahu siapa yang cemburu dengan kehidupan kita sehingga sanggup merosakkan kehidupan kita.

“Penyakit ‘Ain’ itu benar-benar wujud seperti dipetik di dalam Al-Quran di mana perasaan cemburu yang mempengaruhi hati manusia boleh menjatuhkan seseorang,”

Semoga si pelaku insaf dan taubat kerana jalan ini sesungguhnya dibenci oleh Allah. Semoga keluarga kecil Fattah Anas terus tabah dan kuat berhadapan dengan segelintir manusia yang sukar melihat kebahagiaan orang.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isteri Dituduh Guna Bomoh Pikat Hati, Respon Izzue Islam Ini Tarik Perhatian!

Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Buat Laporan

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement