Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Kenyang Tapi Haram,” – Gambar Keluarga Eyra Hazali Diciplak Untuk Lariskan Produk

Malangnya, pihak mereka berdegil melakukan apa yang diminta walaupun Eyra sudah memaklumkan akan melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa.

Published

on

Hazirah Qasdina Hazali atau lebih mesra dengan panggilan Eyra Hazali mula dikenali sejak membintangi telefilem Anak-Anak Lorong. Dari situ, bakatnya mula dilihat oleh ramai pengarah.

Dalam kesempatan itu, sebuah produk telah menggunakan gambarnya dalam mempromosikan produk tanpa pengetahuannya. Lebih mengejutkan lagi, bukan gambar dia seorang tapi bersama keluarganya.

Image

Iklan itu telah sampai ke pengetahuannya dan Eyra meminta orang ramai agar membuat laporan terhadap posting tersebut.

Dalam pada masa yang sama, dia telah menghubungi penjual tersebut untuk meminta pihak mereka memadam iklan tersebut kerana Eyra tidak dibayar dalam mempromosikan produk mereka.

Malangnya, pihak mereka berdegil melakukan apa yang diminta walaupun Eyra sudah memaklumkan akan melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa.

Pelakon drama bersiri Nur itu juga menyamar menjadi pembeli untuk ‘mengorek’ tentang produk ini tapi juga gagal kerana kesemua akaun telah pun disekat oleh penjual.

May be an image of text that says "EH @EyraHazali21 22h Relying to @EyraHazali21 Conversation yang lain yes menyamar guna number lain and dp ig tu adik ipunya kawan tp ni dah block sbb kantoi kot ? Dia boleh ckp salah bagi dengan caption tah pape? Tak guna bagi family kenyang tp haram please sebarkan ya"

Image

Image

Image

Image

Bagaimanapun, pihak Eyra masih berlembut kerana ingin berurusan bersama pihak atasan produk itu sendiri dengan menghantar email untuk mendapatkan penjelasan berbanding terus membuat laporan polis.

Image

Image

Pihak kami mendoakan agar isu ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya nama keluarga Eyra tidak disalah gunakan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Eyra Hazali Titip Ucapan Romantis Buat Suami Sempena Hari Jadi

Kurniawan Dwi Yulianto Mahu Jorge Pereyra Diaz Perkuatkan Sabah

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement