Connect with us
Kool FM

Semasa

“Kendong Anak Semasa Ambil Bantuan Makanan,” – Ardell Sayu Laksana Misi Bantuan Ke Sabah

Semoga dipermudahkan urusan misi kemanusiaan di Sabah!

Published

on

“Lihatlah anak yang bergayut di dada maknya. Jika aku mampu berlebih-lebih, pasti aku memberi lebih untuk setiap keluarga,” kata pelakon Ardell Aryana, 30 tahun, yang turut menyertai misi kemanusiaan di Sabah. Dalam perkongsiannya di Instagram Story, Ardell meluahkan rasa sayu ketika memasuki kawasan kampung di Sabah yang memerlukan bantuan.

Tambahan lagi, suasana semasa menghantar bantuan semakin sayu di saat melihat kesanggupan penduduk menaiki sampan dan ada yang membawa anak kecil beratur untuk mendapatkan bantuan.

  “Macam inilah keadaan mereka, tapi mereka bersyukur je sebab dah biasa hidup rumah macam ini atas laut,” tulis Ardell di lama Instagramnya.

Menurutnya, penduduk di kawasan dia menghantar bantuan tidak mempunyai sumber pendapatan untuk membeli beras dan susu buat anak mereka. Sumber mereka daripada menangkap hasil laut untuk dijual terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Penduduk Kampung Berebut Dapatkan Bantuan

Dalam perkongsian lain di laman Twitter boleh dilihat bagaimana keadaan penduduk yang menerima bantuan. Ada yang berebut dapatkan bantuan sekampit beras sampai terkoyak bungkusan beras tu. Ada juga kanak-kanak yang dilihat basah kuyup mengejar pasukan bantuan yang tiba.

Dalam masa yang sama, Ardell turut menyatakan rasa gembira dan bersyukur apabila ramai yang mengirim mesej kepadanya di Instagram untuk bersama- sama menghulurkan bantuan mereka. Tambahannya lagi, tidak kisah walaupun jumlah derma itu hanya RM1 kerana jumlah terkumpul tetap akan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas buat mereka yang memerlukan.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu. Sabah merupakan negeri yang mempunyai bilangan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi setakat ini.

Baca juga artikel menarik lain:

Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia? Kurang Tepat Sebab Ada Yang Lagi Tinggi Daripada Tu!

Sebak! Aaron Aziz Terpaksa Solatkan Jenazah Ibu Seorang Diri

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement