Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Kenapa Watak Kartun Mickey Mouse Pakai Sarung Tangan?

Pernah terfikir tapi tak tahu sebabnya…

Published

on

Cuba perhatikan watak kartun seperti Mickey Mouse, Bugs Bunny dan Sonic The Hedgehog. Apa persamaan yang boleh dilihat? Kesemua watak kartun ni memakai sarung tangan putih. Macam peliklah kan kenapa watak kartun ni semua pakai glove sedangkan mereka tidak mempunyai tangan seperti manusia.

 

Kontra Warna Hitam & Putih

Sebenarnya ada sebab teknikal kenapa watak-watak ni dipakaikan sarung tangan. Pada tahun 1928, asalnya watak Mickey Mouse dilukis tanpa mengenakan glove pada tangannya. Dan waktu itu gambar wayang masih hitam putih lagi. Jadi penonton hanya nampak tangannya yang hitam je. Disebabkan itu, pada tahun 1929, Mickey Mouse memakai sarung tangan. Perubahan ini dilakukan supaya penonton boleh nampak pergerakan tangan watak tersebut. Walaupun kita dah masuk ke era gambar berwarna, trademark sarung tangan putih ni masih diteruskan bagi watak Mickey Mouse dan rakan-rakannya.

Menurut Walt Disney, sarung tangan putih yang dipakaikan pada watak-watak tersebut membantu penonton untuk melihat gerak geri tangannya. Terdapat satu episod Mickey Mouse yang bertajuk The Opry House, di mana Mickey kelihatan bermain piano. Sarung tangan putih yang dipakainya betul-betul menonjolkan pergerakan tangannya.

Jimat Masa Untuk Lukis

Melukis tangan bagi setiap watak yang asalnya sebagai haiwan memang memakan masa dan tenaga. Nak lukis tangan manusia pun makan masa, ini kan lagi tangan haiwan. Oleh sebab itu, bagi mempercepatkan proses lukisan, setiap kartunis mula melukiskan sarung tangan pada setiap watak tersebut.

Tapi kenapa cuma melukis empat jari dan bukan lima? ia adalah kerana lima jari terlalu banyak untuk watak yang kerdil tu. Jadi empat jari sudah memadai dan lebih efisyen untuk kartunis melukis. Bila fikir balik industri animasi ni bukan sekadar melukis watak-watak kartun, tapi setiap kerja tu perlu mengambil kira keberkesanannya dan adakah ianya sampai kepada penonton.

Tambahan lagi, Walt Disney mengakui bahawa dia tidak mahu Mickey Mouse memiliki tangan seekor tikus dan seharusnya Mickey Mouse mempunyai tangan seperti manusia. Maka terhasillah idea untuk meletakkan sarung tangan pada watak-watak kartun di awal pengenalan Disney. Cara ini turut digunapakai oleh pesaing Disney seperti Warner Brothers dan Universal Pictures.

Jadi itulah sebabnya kenapa watak kartun di zaman kemunculan Mickey Mouse dipakaikan sarung tangan putih. Sampaikan terdapat satu momen dalam filem animasi klasik berjudul ‘An Extremely Goofy Movie’ di mana watak Bobby Zimmeruski, kawan kepada Max bertanya kenapa mereka sering memakai sarung tangan putih. Mereka pun pelik sampai nak tidur pun kena pakai sarung tangan.

Kalau ada yang minat nak mendalami bidang animasi, bolehlah masuk ke dalam bidang ni secara serious. Industri animasi kita pun dah tak macam dulu, dan kalau untung boleh kerja dengan produksi luar.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenapa Filem P. Ramlee Dihasilkan Dalam Warna Hitam Dan Putih?

Apa Jadi Pada Dunia Sekiranya Tiada Akses Internet Secara Tiba-Tiba?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement