Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kenapa Sesetengah Jam Tangan Menjadi Mahal Sehingga Mencecah Puluhan Ribu Ringgit?

Patutlah mahal semacam je jam-jam ni…

Published

on

Jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu, tetapi lebih kepada perhiasan zaman sekarang. Sebabnya kalau sekadar nak tengok masa, dekat smartphone yang dilengkapi segala kemudahan pun boleh jadi penunjuk masa kita. Jam yang datang daripada pelbagai jenama sememangnya mempunyai keistimewaan masing-masing. Dan keistimewaan ini yang membezakan harga setiap jam.

Bagi yang meminati jam, sememangnya untuk memiliki jenama jam yang dikategorikan sebagai branded adalah menjadi satu kemahuan. Anda yang meminati jam mesti ada macam ni. Tapi kadang-kadang tu terfikir juga apa yang membuatkan jam tangan jenama terkenal ni mahal sangat sampai boleh mencecah puluhan ribu dan jutaan ringgit?

Cara Jam Mahal Berfungsi Berbeza

Adakah jam tangan yang berjenama mahal ni berfungsi lain dengan jam tangan yang biasa? Jawapannya adalah betul, kedua-duanya berfungsi dengan cara yang lain. Tapi yang lebih efisyen fungsinya adalah pada jam tangan murah. Kebanyakkan jam tangan sekarang menggunakan quartz movement, atau untuk mudah faham ia menggunakan tenaga bateri. Jadi bateri akan menghantar arus elektrik melalui quartz crystal yang kecil dan kemudian menghasilkan 32,768 getaran yang dikira sebagai satu saat. Quartz movement diperkenalkan oleh Seiko pada tahun 1960-an dan merupakan kiraan saat paling tepat dalam jam tangan serta kos servis yang rendah.

Kalau ikut pada fungsi yang baik, sepatutnya jam tangan yang menggunakan quartz movement lah yang paling mahal. Kebanyakkan jam tangan yang dianggap luxury seperti jenama Rolex adalah jenis mekanikal. Kita boleh lihat banyak roda-roda gear yang kecil digunakan untuk membuat sepasang jam tangan seperti Rolex berfungsi. Sekali padang sure kita akan cakap cara pembikinan jam ni sangat complicated, jadi sesuailah dengan harganya yang mahal. Pembuatan jam yang terbaik di dunia kebanyakkannya dibuat di Switzerland dan sudah tentu jam-jam tangan berjenama ni akan menggunakan khidmat pembuatan jam terbaik. Kalau anda nampak jam tangan kawan-kawan yang ada tulis ‘Swiss Made’ maksudnya bukan biasa-biasa jam dia pakai tu.

Kalau nak tahu sebenarnya quartz movement ni adalah lebih tepat berbanding mekanikal seperti jam tangan Rolex. Jam tangan mekanikal memerlukan penyelenggaraan berkala. Maksudnya agak leceh jugalah asyik nak kena hantar kedai dan servis. Tapi satu perkara yang membezakan jam mekanikal dengan quartz, iaitu pergerakan jarum saat. Pergerakan jarum saat pada jam tangan mekanikal adalah pergerakan swipe, manakala quartz mempunyai pergerakan tick tick tick. Ini cara terbaik nak tahu jam branded itu original ataupun tidak.

Mahal Kerana Jenama

Okay yang ni semua orang dah tahu dan agak obvious. Ada di antara kita yang memakai jam tangan mewah sekadar untuk memberitahu status diri. Contoh kalau pakai jam tangan jenama Hublot maksudnya dia ni seorang yang berjaya. Jadi sebab itu sesetengah jenama jam tangan seperti Rolex menjadi mahal kerana ramai orang-orang yang kaya membelinya, dan sekaligus menjadikan ia jam tangan mewah. Tambahan lagi, jam tangan mewah biasanya digambarkan sebagai Veblen good – bermaksud harga yang tinggi akan menyebabkan permintaan yang tinggi. Kira konsep supply and demand tidak terpakai pada barangan mewah.

Pembuatan Yang Rumit Dan Teliti

Tetapi sebenarnya kualiti bahan yang digunakan pada jam tangan mewah bukan lah yang terdapat pada kebanyakan jam murah. Ada jam yang dibuat menggunakan logam berkualiti tinggi serta batu permata. Selain itu, pelaburan R&D bagi setiap pembuatan jam tangan juga telah melonjakkan lagi harga sesebuah jam. Jadi kalau kita beli jam tangan yang mahal, ianya mahal bukan sekadar pada bahan yang digunakan, tetapi juga nilai pelaburan yang dilaburkan untuk menghasilkan jam yang berkualti itu.

Pembuatannya juga sangat teliti dan banyak antara jam tangan mewah ini disiapkan menggunakan tangan. Kira jam handmade lah juga. Banyangkan bahagian-bahagian kecil pada jam dipasang dengan sangat kemas dan teliti. Masa yang diambil untuk menyiapkan seutas jam tangan juga adalah lama, dan mereka yang menyiapkan jam tangan mewah semuanya adalah yang mahir di dunia. Selain itu terdapat juga perkhidmatan penyelenggaraan yang dijamin oleh setiap jenama jam ini, walaupun jam tersebut sudah dipakai lebih sedekad. Semua ini melibatkan kos dan ia menjadikan jam tangan tersebut mahal.

Akhir sekali tentu lah marketing bagi setiap jam tangan mewah ini yang menggunakan artis-artis ternama untuk membawa nama brand mereka dan juga menaja acara-acara yang besar. Marketing mahal, maka barangnya pun mahal lah juga. Tapi zaman moden sekarang ni, ramai juga sebenarnya yang dah beralih ke jam pintar atau disebut sebagai smart watch. Jam pintar juga merupakan jam yang mempunyai harga yang mahal, tapi masih belum mencapai harga jenama jam branded di pasaran yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Benar Seorang Lelaki Yang Mempunyai Memori Selama 7 Saat…

Kenapa Filem Ini Ditayangkan Selama 24 Tahun?

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement