Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kenapa Filem Ini Ditayangkan Selama 24 Tahun?

Kita pula kalau nak tengok cerita ulang tayang boleh tengok di TV je…

Published

on

Ada satu filem Bollywood yang ditayangkan di India selama 1,252 minggu, bersamaan dengan 24 tahun. Lama gila filem ni ditayangkan di pangguung wayang. Filem yang bertajuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) dilakonkan oleh pelakon Hindustan terkenal, iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol pada tahun 1995. Boleh dikatakan hampir kesemua rakyat India pernah menonton filem ini. Bukan sekali atau dua kali, tetapi lebih daripada 10 kali filem ini ditonton.

Bagaimanapun, filem ini tidak ditayangkan di seluruh panggung di India semalam 24 tahun, tapi cuma satu panggung je yang mainkan filem ni iaitu panggung Maratha Mandir di Mumbai, tepat jam 11.30 pagi setiap hari. Dikatakan, penjaga projektor filem DDLJ ni dah tengok lebih 9,000 kali, dan setiap hari mesti ada yang menonton filem ni di panggung walaupun seorang diri. Apa yang membuatkan filem ni special sangat sampai panggung ni ambil keputusan untuk tayangkan selama 24 tahun? Sebelum kita rungkaikan persoalan ni, jom fahamkan dulu sinopsis filem ni.

Sinopsis Ringkas Filem DDLJ

Plot filem ini berkisarkan tentang dua anak muda India bernama Raj dan Simran yang jatuh cinta semasa bercuti di Eropah bersama rakan-rakan mereka. Raj mencintai Simran tetapi ayah Simran sudah mempunyai calon lelaki buat anaknya itu. Jadi Raj pun berusaha untuk buat ayah Simran bersetuju dengan hubungan mereka. Sampailah insiden pergaduhan antara Raj dan lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan Simran tu. Habis bergaduh barulah ayah Simran sedar yang Raj betul-betul sayangkan anaknya dan terus merestui hubungan mereka. Okay itu sahaja ringkasan cerita ini.

Budaya Menonton Filem Di India

Sebenarnya sebab kenapa filem ni menjadi filem yang paling lama dimainkan di panggung mempunyai kaitan rapat dengan budaya menonton filem di India. Masyarakat India memang dikenali sebagai masyarakat yang gemar menonton wayang. Di India, filem adalah hiburan untuk mereka lari dari realiti kehidupan. Banjir, kemarau, kemiskinan, kematian dan kehilangan orang tersayang menjadikan filem sebagai alat escapism. Selain itu, masyarakat India kebiasaannya akan bekerja keras di hari minggu dan akan mencari hiburan di hujung minggu. Dan hiburan paling murah adalah menonton wayang. Kebanyakkan filem-filem baru di India akan mula ditayangkan pada hari jumaat.

Selain itu, aksi lakonan dari pelakon seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Hrithik Roshan membuatkan mereka terpukau dan melupakan sebentar masalah yang melanda dalam kehidupan seharian mereka. Filem yang bertemakan komedi, romantik komedi, dan aksi antara yang menjadi kegemaran masyarakat India. Antara sebab kenapa filem Bollywood banyak scene menari dan menyanyi, sebab ia merupakan hiburan untuk masyarakat India.

Menurut penulis buku DDLJ, filem ini dikeluarkan sewaktu ekonomi India mula berkembang. Filem ini menyampaikan mesej kepada rakyat India yang mana walaupun kita berpakaian seperti orang barat, tetapi budaya dan adat resam tetap dibawa ke mana sahaja. Disebabkan mesej dan mood filem DDLJ begitu dekat dengan rakyat India, ia menjadi sebuah cult film yang berjaya di India dan juga dunia.

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement