Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kenapa Burung Kakak Tua Boleh ‘Bercakap’ Seperti Manusia?

Unik betul ye burung kakak tua ni…

Published

on

Terdapat kajian yang mengesahkan bahawa monyet secara fizikalnya mampu bercakap seperti manusia, tapi tidak mampu berbuat demikian disebabkan otak monyet yang tak boleh nak proses percakapan. Bayangkan kalau moyet boleh bercakap dengan kita mesti monyet dah dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Monyet dan manusia merupakan dua makhluk yang mempunyai struktur vokal yang sama. Tapi yang boleh bercakap selain manusia adalah burung kakak tua.

Memang burung gagak tua dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru suara manusia. Tapi apakah sebabnya? Struktur vokal burung tak sama dengan kita. Burung tak ada bibir, tak ada gigi, dan hidung pun lain dengan kita. Tapi mereka mampu untuk menghasilkan bunyi vokal yang sama dengan manusia. Sebenarnya burung mempunyai kotak suara tersendiri yang dikenali sebagai syrinx. Burung kakak tua juga mempunyai dua kotak suara yang tersendiri.

Burung Haiwan Yang Pintar

Burung kakak tua atau burung nuri boleh dikategorikan sebagai haiwan yang pintar. Kalau di dalam hutan, mereka dikenali sebagai burung yang mampu membuat lagu atau bunyi unik dan dijadikan sebagai trademark. Kalau salah satu dari mereka dengar je bunyi tudah tahu dah dari siapa. Para penyelidik juga mendapati bahawa sekumpulan burung nuri sebenarnya bercakap sesama mereka, dan dari analisis otak mereka menunjukkan yang burung nuri belajar bercakap sama dengan cara kita belajar bercakap.

Burung juga merupakan haiwan yang mempunyai vokal yang kuat. Kotak suara mereka mampu menghasilkan dua bunyi dalam satu masa dan juga mampu menyanyi dalam tempoh yang lama. Disebabkan kotak suara burung kakak tua yang unik, bukan setakat suara manusia je yang mampu ditiru, tapi bunyi haiwan lain seperti katak dan cengkerik pun boleh. Nak lagi best, bunyi kamera pun burung ni boleh tiru.

Adakah Burung Kakak Tua Faham?

Seperti yang dikatakan tadi, burung nuri merupakan antara haiwan yang bijak. Dia mungkin tak faham setiap perkataan yang dituturkan, tapi pemahaman mereka terhadap perkataan adalah melalui konteks. Sebagai contoh, seorang penyelidik menjelaskan mengapa burung nuri akan cakap ‘how are you?’ masa kita masuk bilik adalah sebab kita selalu cakap perkataan tu setiap kali kita masuk bilik. Burung nuri belajar untuk menghubungkan frasa tersebut dengan situasi kita masuki ke bilik.

Kalau kita ajar burung nuri untuk sebut perkataan ‘makan’ setiap kali tiba waktu makan, jadi dia pun akan associate perkataan makan dengan makanan. Mungkin kalau dia lapar dia akan sebut perkataan ‘makan’. Secara tak langsung kita dapat berkomunikasi dengan burung nuri. Burung nuri memang dikenali sebagai haiwan yang sosial. Mereka merasakan perlu untuk berkomunikasi dengan makhluk di sekeliling mereka supaya boleh menyesuaikan diri. Sebab tu kalau burung ini dibela, mereka akan imitate apa yang tuan dia cakap. Sekadar untuk berkomunikasi. Kalau bosan dengan kucing, boleh cuba bela burung nuri pula.

Terdapat seekor burung kakak tua berwarna kelabu di Afrika bernama Alex. Burung ini dilatih untuk memahami dan menggunakan bahasa manusia. Sepanjang hayatnya, Alex mampu mengenali 50 objek, tujuk warna, dan enam bentuk. Alex juga boleh mengira sampai nombor lapan.

Baca juga artikel menarik lain:

Kecewa Putus Tunang, Lelaki Ini Nekad Teruskan Perkahwinan Dan Nikahi Diri Sendiri

Kenali 5 Organisasi Jenayah Terbesar Dan Menggerunkan Di Dunia

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement