Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Kenali 5 Syarikat Tertua Di Dunia Yang Beroperasi Lebih 1,000 Tahun Dahulu

Agak-agak dah berapa generasilah dalam syarikat tu…

Published

on

Sebelum kita kenal syarikat tertua di dunia, jom kita ambil tahu dulu syarikat tertua di Malaysia. Syarikat paling lama beroperasi di Malaysia adalah Pos Malaysia yang mula beroperasi sejak tahun 1800. Tapi dahulunya sebelum merdeka, ia dikenali dengan nama Pos Malaya. Jadi Pos Malaysia ni dah beroperasi lebih 200 tahun weh! Siapa yang kerja dengan Pos Malaysia patut berbangga menjadi sebahagian daripada syarikat tertua di Malaysia. Jadi jom kita tengok juga syarikat lain yang paling lama beroperasi dekat dunia ni.

5. Tanaka Iga, Jepun

Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 885. Ia merupakan sebuah syarikat yang menjual dan menghasilkan barangan keagamaan untuk agama Buddha. Apa yang menariknya, tempoh masa agama Buddha ditemui adalah hampir dengan masa kedai ini beroperasi. Barangan yang dijual di kedai ini juga banyak yang dihasilkan sendiri di kedai. Ia menjadikan syarikat ini sebagai pedagang barangan keagamaan Buddha yang tertua di dunia.

4. Monnaie De Paris, Perancis

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 864 ini merupakan syarikat pembuat syiling. Sebelum Kesatuan Eropah mula menghasilkan wang Euro untuk perdagangan di seluruh Eropah, syarikat ini menjadi sumber wang syiling ke seluruh Perancis. Ini bermaksud ‘Monnaie De Paris’ telah menghasilkan wang merentasi pelbagai era, termasuk menghasilkan mata wang Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Selepas Perancis menyertai Kesatuan Eropah, syarikat ini mula mencetak wang Euro. Disebabkan syarikat ini telah mencetak pelbagai jenis mata wang, maka ia merupakan syarikat cetakan wang tertua dalam sejarah manusia.

3. Staffelter Hof Winery, Jerman

Syarikat dari Jerman ini dibangunkan pada tahun 862. Ia merupakan kilang wain tertua di dunia, dan beroperasi sebagai rumah tumpangan juga. Dikatakan syarikat ini menanam lebih tujuh hektar tanaman anggur. Menurut sejarah, pada waktu dahulu tempat ini pernah dilawati oleh tentera Rom yang datang untuk membeli anggur. Yang ajaibnya syarikat ini masih bertahan selepas kejatuhan empayar Rom. Ia juga bertahan dari dimusnahkan sepanjang Perang Dunia Pertama dan Kedua, dimana sewaktu itu lebih 10 juta orang Jerman mati dan tempat tinggal dan bangunan-bangunan juga banyak yang runtuh.

2. Genda Shigyō, Jepun

Walaupun kertas tidak dicipta oleh Jepun, dan dicipta oleh musuh ketat Jepun pada waktu dahulu iaitu China, syarikat pengedar kertas paling lama di dunia bertapak di Jepun. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 771. Agak mengagumkan bila syarikat ini dapat bertahan begitu lama dan melewati krisis-krisis ekonomi serta mampu bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain. Mungkin antara sebab syarikat ini masih bertahan kerana mereka mempunyai daya inovatif dimana syarikat ini juga membuat cetakan kad ucapan seperti kad untuk majlis perkahwinan dan membuat pembungkusan hadiah menggunakan reka bentuk kertas yang unik. Selain itu, syarikat ini juga pakar dalam pembuatan tali menggunakan kertas.

1. Kongō Gumi, Jepun

Syarikat pembinaan ini mula ditubuhkan pada tahun 578. Walaupun secara teknikal syarikat ini dibubarkan pada tahun 2006, tetapi ia tetap dikenali sebagai syarikat paling lama yang beroperasi dalam sejarah manusia, iaitu lebih 1,400 tahun. Syarikat ini sebenarnya dibeli dan menjadi anak syarikat Takamatsu pada 2006. Jadi saki-baki syarikat ini masih ada walaupun selepas ia dibeli. Antara punca syarikat ini dijual adalah kerana hutang besar yang terpaksa ditanggung. Kalau nak tahu, Istana Osaka yang bersejarah tu dibina oleh syarikat ini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement