Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kena Tuduh Langar SOP, Michael Ang Dakwa Orang Dalam Industri Sendiri Busuk Hati Sebar Fitnah?

Kesian Michael Ang kena tuduh langgar SOP sampai menyusahkan pegawai FINAS datang ke Ipoh untuk check…

Published

on

Kalau benda yang dikatakan tu salah dan seolah-olah tuduh melulu tentulah kita marah. Sepatutnya periksalah dahulu sebelum sebarkan cerita-cerita yang tak benar tu. Itulah yang buatkan pengarah drama Michael Ang menyelar tindakan sesetengah pihak yang memfitnah dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan penggambaran sebuah drama. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menerusi hantaran di Instagramnya, Michael memuat naik sebuah video memaparkan lokasi penggambaran drama arahannya yang dilakukan di sebuah hotel di Ipoh, Perak. Dalam video tersebut, Michael menunjukkan bahawa semua kerja-kerja penggambaran dilakukan dalam kawasan hotel dan bukannya di luar kawasan hotel.

“Kepada pengiat-pengiat seni, persatua-persatuan tersohor Malaysia dan penerbit terkaya Malaysia yang menuduh aku tak Ikut SOP sebab shoot di luar tanpa memeriksa atau menelefon dahulu dan tanya kita, terus dia buat laporan dan tularkan!,” tulis Michael yang agak bengang dengan situasi dilaluinya.

Menurut pengarah berusia 45 tahun itu, salah faham tersebut timbul selepas ada pihak sengaja memuat naik beberapa keping gambar ketika penggambaran sedang berlangsung dan mendakwa kru produksinya tidak mematuhi SOP ditetapkan dengan melakukan penggambaran secara outdoor selain tidak memakai topeng pelitup muka.

Dalam pada itu, Michael menzahirkan kekecewaannya dan berasa simpati disebabkan tomahan itu, ia secara tak langsung telah menyusahkan ramai pihak terutamanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang terpaksa meminta pegawainya berkejar ke Ipoh untuk melakukan siasatan pada hari cuti umum.

“Sudah-sudahlah kau orang yang busuk hati tu, pergi bersihkan jiwa kau dan cari rezeki halal. Bukannya menutup periuk nasi kawan-kawan kau, ahli persatuan kau!” tulis Michael lagi. 

Sepatutnya hal seperti ini perlu diperiksa terlebih dahulu dan bukannya terus buat andaian dan sebarkan. Apa-apa pun, kita kena berani kerana benar dan itulah yang dilakukan oleh Michael.

Baca juga artikel menarik:

“Biasakan Yang Betul” – Rina Harun Berucap Dalam Bahasa Inggeris, Adibah Noor Tampil Betulkan Sebutan

“Tak Payah Gantung, Buang Je” – Gara-Gara Komen Kurang Sopan, Pemuda Ini Digantung Kerja Oleh Majikan

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement