Semasa
“Kembalilah Kepada Kami..”- Lori Syarikat Kurier Dahulu Penuh, Kini Kosong
Perkongsian sebuah video menerusi akaun TikTok menarik perhatian ramai kerana ia memperlihatkan lori penghantaran syarikat kurier tersebut seakan kosong dan tidak penuh seperti sebelum ini.
Nampaknya benarlah kuasa pengguna ni sangat kuat. Pengguna sekarang bijak-bijak belaka dan tahu hak mereka serta lebih arif untuk memilih apa yang terbaik untuk diri mereka.
Sebelum ini kecoh video tular memperlihatkan beberapa pekerja syarikat kurier J&T melempar barangan pelanggan dan permohonan maaf telah pun dibuat mereka. Namun, ia seakan bukan jalan penyelesaiannya.
Ramai pengguna bising apabila mendapat barangan yang sudah rosak malah ada yang tidak boleh digunakan langsung. Disebabkan itu, kepercayaan pengguna seakan pudar dan ia ternyata memberi kesan kepada syarikat berkenaan.
@wbas_photographyKembalilah kepada kami 😔..#jntexpress #abangjnt #fyp #foryoupage
Perkongsian sebuah video menerusi akaun TikTok menarik perhatian ramai kerana ia memperlihatkan lori penghantaran syarikat kurier tersebut seakan kosong dan tidak penuh seperti sebelum ini.
Mesej yang cuba disampaikan juga seakan memujuk pelanggan untuk kembali kepada mereka dengan menggunakan perkhidmatan ditawarkan mereka.
Baca juga:
Walau Maaf Dipohon, Pelanggan Masih Marah Dengan Barangan Rosak Yang Diterima
Peguam Terkenal Kongsi Cara Lakukan Tuntut Jika Terima Barang Rosak Dari J&T