Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Tanda Kasih Bunga Citra Lestari Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-12

Kisah cinta yang banyak buat orang tersentuh…

Published

on

Kisah cinta penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari bersama suaminya yang tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair tentunya membuat ramai yang turut berasa bahagia melihat mereka berdua, dan sewaktu kehilangan Ashraf ramai yang turut tumpang kesedihan Bunga sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

Happy Anniversary ❤️

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Tahun ini pertama kali Bunga menyambut ulang tahun perkahwinan ke-12 tanpa suaminya dengan ucapan “Happy Annniversary” yang dituliskannya dalam hantaran terbaharunya di Instagram miliknya, semalam.

Dalam foto itu, Bunga dilihat mengenakan pakaian serba merah jambu serta berselendang sambil duduk di sisi pusara Ashraf. Sejambak mawar merah segar turut kelihatan serta taburan kelopak mawar di atas pusara suaminya itu.

Image via: Instagram

Hantaran itu bagaimanapun turut mencuri perhatian ramai pengikutnya di media sosial, termasuklah rakan selebriti di Indonesia yang tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan, di samping mendoakan kesejahteraan buat Allahyarham Ashraf. 

Rata-rata komen dari para peminat kelihatan sayu dengan perkongsian gambar tersebut, lebih-lebih lagi mengetahui betapa Bunga sangat mencintai Allahyarham suaminya itu.

Pemergian Ashraf amat mengejutkan industri hiburan Malaysia serta Indonesia apabila pelakon Gol & Gincu itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari lalu di usia 41 tahun. Perkahwinan Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Bunga turut melancarkan sebuah lagu berjudul 12 Tahun Terindah yang mengisahkan tentang perjalanan cintanya bersama Allahyarham Ashraf.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

Bella Astillah Tampil Mohon Maaf, Dituduh Tak Sensitif Pakai Baju Pramugari Ketika Sambutan Hari Jadi

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement