Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Kelakar Reaksi Cik B Bila Tengok Diri Sendiri Dalam TV

Tak senang duduk dibuatnya…

Published

on

Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 telah menjadi bualan hangat penonton malam semalam.

Lebih-lebih lagi barisan pelakon semuanya baru dan tidak disangka peminat drama. Antara wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama yang ditampilkan adalah seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan ramai lagi.

Namun, apa yang menarik perhatian kami apabila usahawan terkenal, Dato Seri Vida (DSV) memuat naik satu posting yang menunjukkan reaksi anak sulungnya, Cik B melihat dirinya muncul dalam kaca TV.

Bila Cik B tengok diri dia dalam tv. Dia malu, tak tahu nak sorok muka kat mana..”

Tulis DSV dalam kapsyen posting tersebut.

View this post on Instagram

BILA CIK B TENGOK DIRI DIA DALAM TV.. . @cikb_havoc66 DIA MALU.. TAK TAHU NAK SOROK MUKA KAT MANA. . . #lelakilingkungancinta

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin dipukul dengan pelbagai perasaan  yang bercampur sehingga terlompat-lompat, membenamkan wajah ke sofa serta memeluk ibunya. Tak keruanlah senang cerita. Hiks!

Rata-rata pengikut DSV membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mengatakan Cik B sangat berbakat dalam bidang lakonan dan terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan.

 

Good job Cik B, lepas ni drama apa pula ye?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kampung People Musim Kedua Sudah Bermula!

Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement