Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kekejaman ‘Rambo Bentong’ Berakhir Di Tali Gantung

Kejam betul jenayah yang dia buat ni!

Published

on

Ini merupakan kisah tentang seorang perogol bersiri dan juga pembunuh yang famous dengan gelaran ‘Rambo Bentong.’ Kekejaman Rambo Bentong betul-betul menjadi sejarah hitam penduduk di Bentong, Pahang dan akibatnya ramai juga yang trauma dan tinggal dalam keadaan takut akibat jenayah yang dilakukan. Penjenayah ini turut didakwa di mahkamah atas tujuh pertuduhan jenayah rogol dan bunuh di Bentong. Nak tahu gila tak gila jenayah yang dia ni lakukan, jom baca selanjutnya.

Siapa Rambo Bentong?

Nama sebenar Rambo Bentong adalah Rabidin Satir, berasal dari Sabah. Kenapa dia digelar ‘Rambo Bentong’ adalah kerana dia dikatakan suka tinggal sendirian di dalam hutan dan menggunakan pisau ‘rambo’ untuk mengugut dan menyerang mangsa. Ada juga cerita yang mengatakan bahawa dia suka dengan persekitaran sejuk, jadi sebab tu dia tinggal dalam hutan sendirian berbumbungkan pondok kanvas. Mangsa rogol kepada Rambo Bentong pula tidak terhad kepada wanita dewasa sahaja, tetapi kanak-kanak juga turut menjadi mangsanya.

Manakala cerita penduduk di Bentong pula ketika itu kecoh dengan ancaman ‘orang minyak’ selepas berlakunya kes-kes rogol yang sebenarnya dilakukan oleh Rambo Bentong. Ada juga kisah menyatakan kelibat ‘orang minyak’ yang dikejar gagal untuk ditangkap. Mungkin kisah ‘orang minyak’ ni ditokok tambah oleh penduduk setempat, tetapi ketakutan gadis-gadis di situ memang benar belaka kerana berlakunya kejadian rogol dan bunuh.

Jenayah Terakhir Rambo Bentong

Jenayah terakhir yang dikatakan dilakukan oleh Rambo Bentong melibatkan sepasang suami isteri di Bentong. Menurut kisah yang diceritakan, semasa Rambo Bentong memecah masuk ke dalam rumah pasangan ini, mereka berdua sedang tidur di ruang tamu. Dalam keadaan terkejut, kedua-dua mereka melihat satu lelaki bertopeng dan berpakaian ala askar tanpa mengetahui bahawa lelaki yang mereka lihat itu sebenarnya seorang perogol bersiri.

Secara tiba-tiba, penjenayah tersebut terus memukul si suami menggunakan senjata api buatan sendiri sehingga lemah mangsa tersebut. Si isteri yang dalam ketakutan cuba menolong suaminya, tetapi selepas diugut akan dipukulnya sekali, si isteri bertambah takut dan tidak tahu nak buat apa. Selepas si suami dipukul sehingga lemah, penjenayah tersebut terus menutup muka si isteri dengan pakaian dan memberi amaran untuk tidak melakukan apa-apa. Penjenayah tersebut turut memberitahu kepada si isteri bahawa rakan rompakannya berada di luar. Padahal Rambo Bentong berseorangan waktu itu dan cuma nak menakutkan lagi si isteri. 

Selepas itu, penjenayah tersebut menggeledah rumah mangsa dan kemudian menanyakan kepada mangsa sama ada mempunyai senjata api ataupun tidak. Bila mangsa mengatakan dia tidak menyimpan senjata api, penjenayah itu pun mengamuk dan bertindak gila dengan merogol si isteri yang tengah mengandung. Rambo Bentong sememangnya tidak berhati perut kerana merogol si isteri dihadapan suaminya yang tidak sedarkan diri tadi.

Seorang Penjenayah Dan Perogol Yang Gila!

Selepas mengeledah rumah mangsa buat kali kedua, penjenayah tersebut terus meminta kunci kereta daripada mangsa. Dia pun pergi memeriksa kereta tersebut dan kemudian masuk semula ke dalam rumah dan bertanyakan semula tentang senjata api. Si isteri pun sekali lagi cakap tiada senjata api. Penjenayah itu terus naik angin dan merogol si isteri buat kali kedua. Kemudian, penjenayah itu merampas gelang mangsa dan melarikan diri. 

Si isteri yang dalam keadaan lemah terus memandu menuju ke Hospital Bentong dan meminta bantuan daripada pengawal keselamatan di situ. Kejadian tersebut terus dimaklumkan kepada unit kecemasan Hospital Bentong yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan si suami. Mangsa dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia keesokan paginya.

Ditangkap Selepas Jenayah Terakhir…

Si isteri yang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas meminta bantuan daripada pengawal keselamatan Hospital Bentong, terserempak dengan polis peronda yang kemudian terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Bentong untuk mendapatkan bantuan. Beberapa hari kemudian, penjenayah tersebut (ketika ditangkap masih lagi seorang suspek) berjaya ditangkap pihak polis.

Image via: Facebook

Ada juga kisah penduduk setempat yang mengatakan semasa Rambo Bentong ditangkap, dia sempat libas polis dengan parang di leher. Nasib baik polis tu masih hidup. Memang hardcore betul Rambo Bentong ni sampai dengan polis pun dia libas. Dia ditangkap di dalam hutan berhampiran Taman Dato Shah Bandar Hussein.

Ahli kimia kemudian mengesahkan air mani yang dijumpai pada kain si isteri yang dirogolnya itu dan juga pada tilam adalah padan dengan DNA Rambo Bentong. Penjenayah itu kemudian didakwa dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh, merogol dan merompak di Mahkamah Tinggi Temerloh. Dia dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh, manakala hukuman penjara dan sebatan dikenakan atas kesalahan merompak dan merogol. Inilah kes terakhir yang dilakukan Rambo Bentong sekitar November 2012. 

Baca juga artikel menarik lain:

Cho Doo-Soon – Penjenayah Pedofil Paling Kejam Bakal Dibebaskan Hujung Tahun Ini!

Guru ‘Kanibal’ Umpan Mangsa Melalui Portal ‘Online Dating’ Sebelum Bunuh Dan Makan Dagingnya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement