Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Kehebatan Guru Matematik Ini Mampu Mengubah Nasib 30 Pelajarnya

Guru di Malaysia juga tak kurang hebatnya…

Published

on

Karya Filem dari Bollywood jarang mengecewakan. Dulu kita selalu disajikan dengan filem bertemakan percintaan dan konflik kekeluargaan. Tapi sekarang banyak filem dari Bollywood yang berdasarkan kisah benar dan masalah-masalah dalam masyarakat. Salah satunya adalah filem berjudul ‘Super 30’ yang mengisahkan bagaimana seorang guru matametik, Anand Kumar, berjaya membuka pusat tuisyen untuk 30 orang pelajar miskin di Bihar, timur India.

Seorang Pelajar Miskin Yang ‘Genius’

Dia merupakan pelajar miskin yang mempunyai minat mendalam dalam pendidikan, terutamanya dalam bidang matematik. Anand Kumar sememangnya seorang pelajar yang pintar. Dia pernah memenangi sebuah pertandingan dan dinobatkan sebagai pelajar paling pintar di negeri itu. Seorang menteri tempatan, Shriram Singh yang berbangga dengannya, dikatakan berjanji akan menolongnya dari segi apa pun.

Beliau sering pergi ke perpustakaan Universiti Hindu Banaras untuk menyelesaikan jurnal matematik dari negara luar. Satu hari, dia membuat kiriman pos ke luar mengenai penyelesaian matematik yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain. Kirimannya itu mendapat perhatian dan kemudian dia berjaya diterima masuk ke Universiti Cambridge untuk mengikuti satu program di situ. Tetapi bapanya yang bekerja sebagai kerani pejabat pos, tidak mampu untuk menampung perbelanjaannya ke sana. Dia turut berjumpa dengan menteri yang berjanji kepadanya untuk mendapatkan bantuan, tetapi permintaannya itu di tolak.

Hampir Berputus Asa Dan Hanya Mahu Menjual Papadom

Kecewa dengan kegagalannya untuk mendapatkan pembiayaan, dia meneruskan kehidupannya seperti biasa. Demi kelangsungan hidup, dia membantu ibunya menjual papadom. Semasa menjual papadom, dia terserempak dengan pembantu menteri tersebut dan ditawarkan untuk menjadi seorang guru di satu tempat tuisyen ternama. Dia mula menempa nama di situ dan semakin ramai yang ingin belajar di pusat tuisyen tersebut kerana teknik mengajarnya yang berkesan.

Tidak lama kemudian, Anand Kumar tersedar yang pendidikan terbaik hanya boleh dimiliki dengan wang. Dia kemudian melihat bagaimana seorang pelajar yang ingin belajar tidak diterima ke pusat tuisyen tersebut kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Peristiwa ini membuatkannya dia terfikir untuk membuka satu pusat tuisyen khas buat mereka yang tidak mampu. Pusat tuisyennya mendapat sambutan dari golongan miskin, tetapi hanya 30 orang sahaja yang akan diajarnya.

Kelasnya fokus untuk pelajar-pelajar menduduki peperiksaan kelayakan masuk ke Indian Institute of Technology (IIT). Ia merupakan sebuah institusi teknologi terkemuka di India dan juga antara terbaik di dunia. Jadi itulah sedikit ringkasan mengenai kisah Anand Kumar yang diilhamkan menjadi sebuah filem bertajuk ‘Super 30.’

Antara Isu Yang Dimainkan

Mungkin ada yang tak familiar sangat dengan isu di negara India, tetapi isu mengenai hak mendapatkan pendidikan masih berleluasa di sana. Terdapat jurang yang luas antara sistem pendidikan di sekolah kerajaan dengan tahap peperiksaan. Keluarga yang mempunyai duit akan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang berprestij untuk mendapatkan pendidikan terbaik bagi menduduki peperiksaan. Dan keluarga yang miskin akan terbiar. Selain itu, pendidikan di India dilihat sebagai satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Oleh sebab itu, ia hanya ekslusif bagi mereka yang mampu membayar untuk mendapatkan pendidikan terbaik.

Selari dengan isu pendidikan, isu kemiskinan juga ditampilkan dalam filem ini. Menurut masyarakat di sana, pendidikan merupakan jalan keluar untuk keluar dari kemiskinan. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka mendapatkan pendidikan terbaik, walaupun terpaksa menggadaikan tanah.

Sekiranya mereka gagal mendapatkan pendidikan untuk anak-anak, ia dianggap sebagai satu kegagalan dalam hidup. Kebolehan dan kepintaran sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak mempunyai wang, dan itu lah yang terjadi kepada Anand Kumar dalam awal kehidupannya. Walaupun dinobatkan sebagai pelajar pintar, kerana tidak mempunyai wang dia tidak dapat mengikuti program yang ditawarkan di Universiti Cambridge.

Baca juga artikel menarik lain:

Taman Tema ‘Seram’ Ini Dibuka Hanya Setahun Sekali Sahaja

Kenapa Filem Ini Ditayangkan Selama 24 Tahun?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement