Semasa & Hiburan
Kecewa Putus Tunang, Lelaki Ini Nekad Teruskan Perkahwinan Dan Nikahi Diri Sendiri
Sayangilah dan hargailah diri sendiri…
Apa yang anda akan lakukan sekiranya tunang anda minta untuk putuskan pertunangan dalam tempoh yang semakin dekat dengan majlis perkahwinan? Tentulah kita akan fikirkan segala kos persiapan perkahwinan yang telah dibelanjakan kerana terpaksa batalkan perkahiwnan. Namun, seorang lelaki di Bahia, Brazil nekad meneruskan perkahwinan dengan berkahwin dengan diri sendiri.

Image via: Instagram
Nak dipendekkan cerita, seorang lelaki bernama Diogo Rabelo bertunang dengan kekasihnya, Vitor Bueno pada November tahun lalu. Mereka dijadualkan berkahwin pada bulan lalu, namun, selepas bertengkar sepanjang musim panas tempoh hari, Vitor memutuskan untuk meninggalkan Diogo pada bulan Julai. Tapi daripada membatalkan perkahwinannya, Diogo memutuskan untuk meneruskan resepsi perkahwinannya dengan menikahi dirinya sendiri pada 16 Oktober lalu.
Keputusan pelik Diogo itu dikatakan mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat pengumuman itu. Namun, Diogo menyatakan bahawa dia nekad untuk menjaga dirinya sendiri selepas mendirikan ‘rumah tangga’. Menerusi gambar yang dikongsikannya, berkahwin di tepi pantai adalah perkahwinan impiannya sebelum ini dan direalisasikan dengan kehadiran keluarga serta rakan-rakan.
Bagaimanapun, keputusannya itu tetap mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakannya dengan kehadiran lebih 80 peratus jemputan.
Tetap Bahagia Bersama Keluarga Dan Rakan² Yang Disayangi
Menurut laporan, apa yang dia lakukan ini adalah untuk membuktikan sekiranya tidak dicintai, maka seseorang itu perlu mencintai diri sendiri. Diogo juga mahu menunjukkan bahawa jika kita disayangi seseorang, ia bukan ukuran kebahagiaan dalam hidup. Tambahan lagi, Diogo turut menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari paling bahagia dalam hidupnya kerana tetap dapat bersama dengan orang yang paling dia sayangi dalam hidup.

Image via: Instagram
Mungkin mesej yang disampaikan Diogo semasa majlis perkahwinannya itu jelas, iaitu seseorang harus kekal menyayangi diri sendiri tidak kira apa pun yang terjadi. Peringatan untuk diri kita juga untuk tidak terlalu mengikut emosi jika putus cinta.
Baca juga artikel menarik lain:
Peranti Android Anda Mungkin Dalam Bahaya. Padam Segera 17 Aplikasi Ini!
Kenapa 5 Haiwan Ini Dihantar Ke Angkasa Lepas?
Sumber berita: Harian Metro