Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Kalau Puasa, Arif Minum Air Liur Saja” – Netizen Terhibur Lihat Anak Tya Arifin Bingung Disuruh Minum Air Liur

Wajah Arif Jiwa kelihatan bingung bila Tya Arifin kata boleh minum air liur ketika berpuasa…

Published

on

Bulan Ramadan pasti lebih meriah bagi siapa yang ada anak-anak kecil, sebab inilah masanya kita mendidik mereka tentang pengertian menjalani ibadah berpuasa. Lain orang lain caranya. Ada yang didik anak untuk puasa setengah hari dahulu sebagai permulaan. Ada juga yang minta puasa penuh tetapi akan diberikan ganjaran seperti duit atau mainan di kemudian hari. Terpulang kepada cara masing-masing, yang penting anak-anak sudah mula faham akan ibadah wajib ketika bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik anak Tya Arifin, dapat dilihat bagaimana Tya mendidik anaknya itu tentang ibadah berpuasa. Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulan, yang juga merupakan isteri kepada Asyraf Datuk Seri Khalid, dilihat seperti bergurau dengan anak lelakinya itu, Arif Jiwa. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf)

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Arif yang dilihat seperti sedang menjelaskan tentang larangan meminum air ketika berpuasa, memberitahu ibunya yang dia hanya minum air liur sahaja. Namun Tya membalas kenyataan tersebut dengan berkata boleh untuk meminum air liur sahaja. Bagaimanapun, riak wajah Arif seperti berubah kebingungan apabila Tya seperti meminta anaknya itu untuk minum air liur.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya merasakan riak wajah bingung Arif melucukan serta kelihatan comel. Sementara itu, ramai juga yang turut mendoakan agar Arif membesar menjadi anak yang soleh. Comel pula bila tengok riak wajah Arif Jiwa ni. Untuk pengetahuan, Arif merupakan cucu kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, iaitu suami kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Baca juga: “Nak Tumpang Tarawih Lah” – Bina Surau Di Rumah, Ramai Kagum Kesungguhan Tokti Menyambut Ramadan

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement