Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Jumlah Pendengar Naik 92%, Kool FM Tampil ‘Talk Radio’ Nombor Satu Di Malaysia

Selepas hampir 11 bulan ke udara dengan konsep baharu

Published

on

Lain dari yang lain, Kool FM berjaya mengukir nama sebagai ‘Talk Radio’ berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia. Wehooo!

Bukan mudah kerana persaingan sungguh hebat dari stesen radio berbahasa Malaysia lain yang ada di Malaysia juga bukan calang-calang dan sudah lama menapak dan mempunyai peminat mereka sendiri. Bagaimanapun, pelbagai pembaharuan yang dilakukan membuktikan  Kool FM berjaya mendapat tempat di hati pendengar.

Kejayaan terbabit susulan peningkatan peratusan jumlah pendengar mingguan sebanyak 92 peratus berbanding sebelum ini melalui kajian terbaharu GfK Radio Audience Measurement Survey (RAM) dengan jumlah pendengar mingguan Kool FM kepada 701,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kool FM (@koolfmmy)

Lebih mengujakan, jumlah pendengar mingguan Kool FM yang berusia 25 tahun juga memperlihatkan penambahan sebanyak 231,000 atau 104 peratus. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pendengar mingguan berusia 25 tahun ke atas adalah sebanyak 454,000.

Ketua Audiens Melayu Kool FM, Shah Hayatudin berkata, pengiktirafan Kool FM sebagai ‘Talk Radio’ berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia membuktikan perubahan yang dibawakan terutama membabitkan kandungan dan format menerima maklum balas yang positif.

Pihak kami teruja melihat penerimaan pendengar terhadap perubahan yang dibawa oleh Kool FM terutama sekali dari segi kandungan dan format yang diaplikasikan pada tahun ini.  Melalui cara ini kami dapat menghargai dan mendengar suara pendengar dengan menyediakan platform untuk berdebat dan berdiskusi mengenai isu semasa dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat,” katanya.

Menurut Shah, selain bersiaran secara langsung, Kool FM sentiasa tampil dengan pelbagai idea untuk menarik perhatian masyarakat.

Kool FM juga bersiaran secara langsung di pelbagai platform lain antaranya YouTube Kool TV, aplikasi di telefon, MyTV dan yang terbaru menerusi JOOX.

“Kami berharap untuk menarik lebih ramai lagi pendengar dengan kandungan yang dibawa dan dapat bersama-sama mengembangkan konsep Talk Radio dengan lebih kuat dan diterima masyarakat. Selain itu, terima kasih kerana menjadikan Kool FM Talk Radio berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia,” katanya.

Selepas hampir 11 bulan ke udara dengan konsep baharu, Kool FM yang tampil dengan tagline Suara Semasa kini menjadi radio pilihan pertama untuk isu semasa.

Malah, pemilihan tajuk perbincangan dan tetamu bagi segmen temu bual juga adalah bertepatan dengan sasaran usia pendengar dan keadaan semasa yang berlaku dalam atau luar negara. Ini bertujuan untuk membolehkan maklumat dan info-info terkini dapat disampaikan dan diperjelaskan kepada pendengar.

 

 

Baca juga:

“Taking my time..”Bunga Citra Lestari Ucap Selamat Tinggal Indonesian Idol

“Lofa Tak Tahu Masak.. Dia Bukan Paling Pembersih,”Bella Bongkar Rahsia Neelofa

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement