Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

Jadi fobia yang mana satu anda miliki?

Published

on

Fobia merupakan satu perasaan takut yang melampau terhadap sesuatu perkara sehingga ia boleh menjejaskan kehidupan seharian. Fobia juga sering terbina daripada pengalaman lampau yang memberi kesan kepada emosi seseorang. Mungkin kita semua mempunyai fobia yang lebih kurang sama seperti takut dengan ketinggian atau takut terhadap air laut dalam. Tapi mungkin juga tanpa sedar ada di antara kita yang mempunyai fobia yang jarang didengari oleh orang lain. Jom kita lihat apakah fobia-fobia pelik yang mungkin anda miliki.

Plutophobia

Ia merupakan satu keadaan di mana seseorang itu takut terhadap kekayaan. Pelik juga ya macam mana boleh ada orang yang takut untuk menjadi kaya. Kalau kita mungkin dah berebut-rebut nak bergelar orang kaya baru. Tapi fobia ini memang wujud dan mungkin siapa yang memiliki fobia ini ada sebab yang tersendiri.

Didaskaleinophobia

Ini merupakan fobia yang mungkin banyak melanda pelajar-pelajar sekolah. Ia adalah fobia atau takut untuk ke sekolah. Mereka yang memiliki fobia ini mempunyai perasaan benci yang mendalam terhadap sekolah. Mungkin ada peristiwa buruk yang berlaku di sekolah sehingga membuatkan mereka takut untuk ke sekolah. Tapi jangan salah sangka sebab fobia ini tidak sama sekali dengan perasaan malas untuk ke sekolah. Walaupun kita fikir macam ianya satu fobia yang remeh, namun ia boleh memberi kesan emosi mendalam kepada yang memilikinya.

Eisoptrophobia

Mereka yang memiliki fobia ini akan takut untuk melihat diri sendiri melalui cermin. Bagi mereka, gambar yang mereka lihat pada cermin adalah jiwa mereka yang menatap mereka dan perkara itu menakutkan mereka. Kalau anda ada fobia ini, antara gejalanya adalah panik atau sesak nafas apabila melihat diri anda di cermin. Tidak pasti apa punca kepada fobia ini, tetapi ia mungkin disebabkan oleh peristiwa lampau atau faktor keturunan dan genetik. 

Ailurophobia / Felinophobia

Walaupun kucing kelihatan comel dan manja, namun ada juga orang yang fobia terhadapnya. Fobia terhadap kucing bukanlah perasaan geli atau takut untuk membelai kucing, tetapi ia merupakan satu perasaan takut yang melampau terhadap haiwan ini. Ia berlaku mungkin akibat daripada tragedi dicakar kucing semasa kecil. Bila besar, kita jadi takut untuk dekati mana-mana kucing dan sebolehnya menjauhkan diri daripada kucing. Jadi mungkin ada di antara kita yang miliki fobia ini.

Peccatophobia

Fobia untuk melakukan dosa atau apa-apa kesalahan jenayah. Bunyi seperti satu jenis ketakutan yang pelik, namun ia boleh dianggap sebagai sejenis fobia yang bagus. Mereka yang memiliki fobia ini akan berasa panik dan takut dengan hanya membayangkan sebuah dosa atau kesalahan jenayah. Tak perlu lakukan, tapi bayangkan je dah cukup untuk mencetuskan rasa panik. 

Pentheraphobia

Pentheraphobia atau disebut juga sebagai Novercaphobia merupakan sejenis fobia terhadap ibu mertua atau ibu tiri. Mungkin anda yang dah berkahwin mempunyai fobia ini di mana anda takut untuk berhadapan dengan ibu mertua. Kebiasaannya mereka yang memiliki fobia ini akan terbayang peristiwa lalu yang menakutkan ketika bertemu ibu mertua lalu menjadi panik. 

Alliumphobia

Ia merupakan sejenis ketakutan terhadap bawang putih. Antara yang paling kuat memiliki fobia ini adalah dracula sebab mereka sememangnya takut dengan bawang putih. Mereka yang mempunyai fobia ini jelasnya akan menghindarkan diri daripada memakan bawang putih. Selain itu, mereka juga takut dengan bau bawang putih. Antara haiwan yang mempunyai fobia ini adalah nyamuk kerana serangga ini sememangnya tidak suka dengan bawang putih.

Ochlophobia

Takut dengan orang ramai. Mereka yang mempunyai fobia ini akan elakkan diri daripada tempat-tempat sesak. Selain itu, mereka juga lebih gemar untuk menghabiskan masa seorang diri di rumah. Mungkin anda yang jenis tidak suka dengan tempat sesak sebenarnya memiliki fobia ini tanpa anda sedari.

Ligyrophobia

Dikenali juga sebagai phonophobia. Ia merupakan ketakutan kepada bunyi-bunyi kuat. Sesetengah orang hanya takut bunyi bising yang sangat tiba-tiba, sementara yang lain takut bunyi yang sedang berlaku. Ini boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berasa selesa dalam tetapan sosial seperti melibatkan diri bersama orang ramai seperti pada pesta, konsert dan acara lain. Jadi kesudahannya anda lebih selesa berada di rumah dalam suasana yang anda boleh kawal. 

Jadi itu sedikit sebanyak jenis-jenis fobia pelik yang mungkin ada pada diri anda tanpa disedari. Punca kepada fobia-fobia ini sememangnya banyak tetapi yang paling biasa dikaitkan adalah peristiwa silam. Jika fobia anda kelihatan semakin teruk dan hampir tidak boleh dikawal, sebaiknya dapatkanlah nasihat daripada pakar.

Baca juga artikel menarik lain:

‘Stockholm Syndrome’ – Sebuah Rompakan Yang Membuatkan Mangsa Berasa ‘Kasih’ Kepada Penculiknya

Dianggap ‘Hero’ Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement