Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Jangan Main Dengan Nama Aku,” – Syamsul Yusof Nekad Nak Saman

Berhati-hatilah dalam menyampaikan berita tak kira dalam bentuk menulis atau secara lisan.

Published

on

Bila nama dah dikenali dalam dunia media, segala gerak geri kita akan diperhatikan oleh orang sekeliling. Lebih-lebih lagi bila sekarang zaman digital sudah semakin ke hadapan.

Tapi situasi ini memberi kesan buruk kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof apabila kisah rumah tangganya dipetik untuk dijadikan bahan hiburan sensasi di satu saluran YouTube.

Apa yang membuatkan Syamsul berang apabila cerita tersebut berbaur fitnah yang kononnya dia berlaku curang terhadap isterinya, Puteri Sarah.

View this post on Instagram

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Jangan main-main dengan nama saya. Sekarang ni, dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan view apa semua tapi tolong hormati orang dan juga artis lagi-lagi cerita yang membawa kepada kepincangan keluarga,”

Tambahnya lagi dengan nada marah dan geram, dia akan mengeluarkan saman dan tak akan ambil enteng dengan perkara sebegini kerana dianggap sudah terlalu keterlaluan.

Bagaimanapun, hasil daripada carian kami video tersebut telah pun dipadamkan dari saluran YouTube tersebut.

Berhati-hatilah dalam menyampaikan berita tak kira dalam bentuk menulis atau secara lisan.

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement