Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“I’ve Got A New Rocking Partner” – Leez Rosli Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Aepul Roza Kongsi Gambar Bayi

Aepul Roza dan Leez Rosli selamat menyambut kehadiran cahaya mata kedua, baby boy…

Published

on

Siapa tak kenal dengan Aepul Roza yang popular bernama kumpulan rock tanah air, Drama Band. Suaranya yang lunak sering menjadi tarikan untuk para peminat muzik mendengar lagu-lagunya. Umum juga sedia tahu bahawa Aepul selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang penyanyi  juga, iaitu Rosliza Rosli, atau lebih dikenali dengan nama Leez Rosli.

Terbaharu, mereka baru sahaja menyambut kehadiran cahaya mata kedua. Leez selamat melahirkan bayi lelaki mereka awal pagi tadi. Menerusi perkongsian gambar di akaun Instagram Aepul, difahamkan bayi mereka itu dilahirkan di Hospital Islam AzZahara, Bangi, Selangor. 

Baca juga: “Kerja Keras Saya Untuk Gembirakan Rakyat” – Aliff Syukri Sudah Mula Latihan Vokal, Lagu Raya Bakal Menyusul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Aepul, atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, kelihatan gembira menyambut bayi lelakinya itu, dan mereka kini dikurniakan sepasang cahaya mata. Dalam kapsyen perkongsiannya di Instagram, Aepul turut menitipkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan anak mereka. 

“Assalamualaikum. Selamat datang ke dunia, baby boy. Sekarang saya dah ada kawan sama-sama main muzik rock,” tulisnya menyambut kedatangan puteranya.

Sementara itu, Aepul turut meletakkan tanda pagar #NSA seolah-olah memberi bayangan nama yang bakal diletakkan pada bayinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Wargamaya yang lain turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut. Kami di sini juga turut mengucapkan tahniah buat Aepul dan Leez. Semoga baby boy membesar dengan sihat.

Aepul dan Leez selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia 5 tahun.

Baca juga: [VIDEO] “Batuk Pun Comel” – Netizen Kagum Anak Bongsu Nora Danish Nampak Ceria Walaupun Sakit

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement