Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Mohon muhasabah diri..” Isu Baju Kurung, Permohonan Maaf Pereka Fesyen Ditolak

Katanya sebab minta maaf macam tak ikhlas…

Published

on

Hujung minggu lalu rakyat Malaysia terkesan dengan satu kenyataan yang dipetik dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh South China Morning Post (SCMP) yang membabitkan satu wawancara mereka bersama seorang pereka Belanda yang berpusat di Malaysia iaitu Lisette Scheers. Kali ini, rakyat Malaysia bersatu hati membalas kenyataan yang dibuat itu sekeras-kerasnya.

Difahamkan, Scheers merupakan seorang pengasas jenama Nala Design telah mendakwa kini rakyat Malaysia semakin kurang mengenakan baju kebangsaan baju kurung dan menyatakan dirinya, Scheer menyeru rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu mengekalkan lambang kemelayuan dalam kehiudpan seharian. Eh eh, dia pula nak seru kita ya?

Petikan yang diberi oleh Scheers:

My dream is to see the baju kurung return, to see Malays dressing beautifully again. I want people here to feel proud of their heritage. Growing up this country was full of beautiful fabrics and colour. I’m on a crusade to make sure that doesn’t disappear.

Kenyatan tersebut telah mengundang rakyat Malaysia merasa marah dan terkilan kerana Scheers seakan-akan memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia tidak lagi menghargai baju kebangsaan Malaysia iaitu baju kurung. Tambahnya, baju tradisional tersebut sentiasa mendapat tempat di kalangan orang ramai dan mempertikaikan kenapa ia dilihat seperti telah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N A L A (@naladesigns)

Justeru itu, kenyataan Scheers teruk dibidas dan dikecam oleh rakyat Malaysia. Ramai netizen mempertikaikan siapa dia, Scheers untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kisah ini juga telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan baginda menyatakan bahawa baju kurung merupakan busana kegemarannya.

Apabila teruk kecaman diterima, pihak Nala Design kemudiannya tampil membuat satu permohonan maaf di laman Instagram mereka namun berdasarkan pemerhatian kami diruangan komen ramai netizen seolah tidak menerima permohonan maafnya itu dan sehingga kini masih ramai dilihat membalas di ruangan komen tersebut.

Sebenarnya ramai sahaja para wanita di Malaysia yang menggayakan baju kurung. Ada yang memakainya untuk ke tempat kerja setiap hari, ada yang memakainya setiap hari Jumaat dan ada juga yang menggayakan hanya untuk acara istimewa kerana menganggap ia sangat berharga. Lagi pun sekarang kan tengah PKP, macam mana nak nampak orang pergi kerja pakai baju kurung sebab masing-masing masih WFH betul tak?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sebelum Borong Kain Ela Belajar Kenal Jenis Fabrik Dahulu Tau

Gadis Tionghua pencinta busana tradisional Melayu

 

 

 

 

Sumber: Instagram Nala Designs

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement