Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Isteri Sibuk Bekerja, Zahiril Adzim Kongsi Betapa Sibuknya Buat Kerja Rumah

Isterinya mengingati Zahiril masih ada lagi saki-baki baju di bahagian bilik belakang masih belum berlipat.

Published

on

Kemenangan pelakon Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya.

Dalam kemenangan tersebut, pelakon berusia 36 tahun ini tetap perlu menjalani rutin seorang suami seperti kebanyakan lelaki.

Lebih-lebih lagi apabila ketiadaan isteri di rumah, sudah pasti si suami pula perlu menguruskan segala hal di rumah.

Sumber: instagram

Apa yang menjadi perhatian kami apabila sebuah video dimuat naik oleh Zahiril tentang kerja-kerja rumah yang perlu diuruskan semasa ketiadaan isterinya, Shera Aiyob atas urusan kerja.

Menurutnya, sudah dua hari isterinya perlu keluar berkerja untuk sesi penggambaran dan selama dua hari itulah dia perlu menguruskan rumah antaranya melipat kain, menguruskan anak, cuci pinggan, memikirkan tengah hari nak makan apa, mengawasi pergerakan anak ketika ada kelas atas talian dan banyak lagi!

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

Lebih melucukan lagi apabila isterinya mengingati Zahiril masih ada lagi saki-baki baju di bahagian bilik belakang masih belum berlipat dan meminta untuk melipat dengan kemas.

Baru dua hari, siap buat video. Kalau hari-hari kena buat, acaner tu? Hiks! Apa pun, semoga semua pasangan suami isteri yang baca artikel ini berbahagia sama-sama dalam membantu menguruskan kerja-kerja rumah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:

Konsep ‘RKE’ Sebagai Panduan Mengurus Anak Di Rumah Sepanjang Tempoh PKPB

Sekumpulan Nenek ‘Berperang’ Dengan Monyet Liar Di Jepun

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement