Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Isteri Puji Makin Kacak Selepas Vaksin, Aaron Aziz Minta Kaum Lelaki ‘Jaga-Jaga’

Aaron sempat mempuji proses beliau divaksin sangat lancar dan cepat.

Published

on

Amboi, lain macam kesan sampingan yang dialami pelakon hebat, Dato’ Aaron Aziz selepas ambil vaksinasi! Umum tahu, kini kerajaan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  sedang aktif memberi vaksinasi kepada masyarakat untuk capai imuniti kelompok. Ramai yang rajin kisah dan pengalaman mereka di vaksin serta berkongsi kesan sampingan yang mereka alami begitulah juga yang dilakukan oleh Aaron.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aaron turut sama berkongsi kisah dirinya mengambil vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Qualitas Medical Group. Aaron sempat mempuji proses beliau divaksin sangat lancar dan cepat. Tambahnya, beliau sangat berterima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana sentiasa bersedia dan berkorban masa dan tenaga mereka untuk pastikan pandemik ini dapat diputuskan.

Artikel menarik lain: Sumbangan Ikhlas Neelofa, Pesakit Covid-19 di Melaka Terima 15 Buah Katil

Aaron menyatakan selepas pulang ke rumah beliau sempat mengemas rumah dan bilik sebelum mengalami demam panas keesokkan harinya. Isterinya, Datin Diyana Halik sudah memberi pesanan untuk rehat selepas vaksin namun dihiraukan oleh Aaron.  Aaron kemudian berkongsi satu kesan yang ketara selepas vaksin iaitu selepas vaksin isterinya menyatakan beliau dilihat semakin sado dan kacak. Dalam gurauannya itu Aaron sempat meminta kaum lelaki untuk berjaga-jaga selepas divaksin.

Bahaya jugak… @diyanahalik cakap “eh Dar kenapa you lepas Vaccination macam lagi Sado and handsome” Ni wife la yg cakap bukan Abg.. So tu je la side effect dia. So yg lelaki jaga jaga k..

Tinjaun di ruangan komen, lengan Aaron yang sado itu menjadi perhatian ramai. Ada yang menyatakan untung doktor yang memberi suntikan vaksin kepada Aaron dapat merasa lengan ‘Malik’ iaitu watak Aaron dalam filem KL Gangster. Ada juga yang sempat berseloroh menyatakan nasib baik jarum yang dicucuk tidak patah ketika masuk ke lengan sado Aaron. Sementara itu, salah seorang pengikutnya menyatakan terima kasih kepada Aaron Aziz membantu mereka di KKM membuka mata masyarakat dengan menjadi  salah seorang influencer ajak orang pergi menerima vaksin. Terima kasih Malik !

Semoga perkongsian selebriti Malaysia serta masyarakat di media sosial membuka mata lebih ramai orang untuk daftar sebagai penerima vaksin supaya Malaysia dapat capai imuniti kelompok secepat mungkin. Apa pun, #kitajagakita!

Baca juga: Michael Ang Tunaikan Janji, Beri RM500 Seorang Kepada Yang Berjaya Buat Lockdown Kendiri

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement