Connect with us
Kool FM

Semasa

Instafamous Ini Jelas Mengapa Dirinya Menyerupai Wanita

Bila kita bawa watak tu, orang akan kutuk watak tu

Published

on

Zaman 2000 di mana media sosial adalah medium utama untuk menghubungkan orang ramai malah, penggunaan rantaian internet seakan wajib pada setiap telefon pintar.

Selain itu, ada juga yang menggunakan medium media sosial sebagai punca rezeki dengan membuat content untuk pengiklanan atau apa saja content untuk meraih penonton.

Sumber: cariangoogle

Begitulah yang dilakukan oleh Instafamous di Instagram, Faiz Dickie yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama tujuh tahun. Baginya, membuat video di media sosial adalah periuk nasi. Antara video yang menjadi perhatian netizen adalah watak wanita yang dibawa. 

Namun, kehilangannya dari media sosial selama empat bulan baru-baru ini adalah kerana ingin menjauhkan diri daripada kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen melalui direct message (DM) di Instagram.

“Kalau saya tak berhenti sekejap, rasanya saya boleh mengalami depresi. Walaupun saya dah lama dalam bidang ni tapi sebenarnya haters datang secara senyap. Bukan di posting komen tapi di DM,” jelasnya ketika ditemubual bersama Ag, Muaz dan Haiza dalam Kool Chat.

Dalam pada masa sama juga, dia turut menjelaskan mengapa dirinya memegang watak wanita seperti yang dibuat pada awal-awal dulu.

“Orang ingat saya nak menyerupai wanita bila bawa watak Makcik Leha, Cik Yam semua tu tapi sebenarnya bukan. Saya bawa watak tu untuk elak orang kutuk Faiz (dirinya).

Maksudnya, bila kita bawa watak tu, orang akan kutuk watak tu. Padahal kalau jumpa depan-depan diri saya tak macam tu, saya lelaki berjambang.”

Untuk dengarkan lebih topik yang dibincangkan oleh mereka, klik saja di sini.

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement