Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ini Namanya Influencer Bukannya..” – Wargamaya Kagum Dengan Iklan Vaksin Phua Chu Kang

“Singapore” hari ini trending di Twitter apabila rata-rata wargamaya memuji iklan musik video tersebut sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Singapura dalam menangani wabak Covid-19. Ini adalah cara berkesan penggunaan media dalam menyebarkan mesej dan mendidik masyarakat bukan sahaja di negara sendiri malah negara jiran lain seperti Malaysia dan Indonesia yang turut mendapat kebaikan daripadanya. 

Published

on

Phua Chu Kang adalah siri sitcom komedi dari Singapura yang paling popular pernah ditayangkan di antara dua negara yang sekaligus merapatkan lagi perhubungan tali persaudaraan antara Singapura dan Malaysia. Cakap je pasal Phua Chu Kang, mesti boleh ‘masuk’ punya. Karakter Phua Chu Kang dan isterinya Rosie boleh dikatakan satu lagenda yang mewarnai zaman 90-an sehingga ke 20-an. Siapa saja yang tak kenal Phua Chu Kang dengan kasut getah ikoniknya yang berwarna kuning?

Pengaruh Phua Chu Kang terhadap masyarakat ternyata amat besar sehingga kerajaan Singapura menjadikan Phua Chu Kang sebagai wajah buat iklan vaksin di dalam bentuk musik video. Lirik-lirik yang digunakan adalah sangat “catchy” dan sangatlah Phua Chu Kang seperti “Pom Pi Pi”, “Don’t play-play”, “Your father never teach you ah?”. Rata-rata wargamaya bila terdengar saja perkataan-perkataan tersebut terus undang ketawa kerana terimbau kembali siri komedi PCK. Walaupun berbentuk komedi, namun mesej yang diberikan masih sampai iaitu keperluan  mengambil vaksin.

Baca juga: “Niqab Je Lah Sekali Social Media Tu!” – Pengarah Drama Nur “Sound” Neelofa

 

Lagu ini tak bosan didengari dan ia terus melekat di kepala sehinggakan ada yang berkata bahawa ia menarik mereka untuk terus ambil langkah mendaftar sebagai penerima vaksin. Nampaknya iklan ini memang berkesan untuk menarik orang ramai. Jika anda nak tahu ini adalah kali kedua PCK membuat iklan musik video yang begini. Terdahulu ketika penyakit SARS melanda Singapura, PCK turut menjadi wajah utama dalam iklan negara menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

“Singapore” hari ini trending di Twitter apabila rata-rata wargamaya memuji iklan musik video tersebut sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Singapura dalam menangani wabak Covid-19. Ini adalah cara berkesan penggunaan media dalam menyebarkan mesej dan mendidik masyarakat bukan sahaja di negara sendiri malah negara jiran lain seperti Malaysia dan Indonesia yang turut mendapat kebaikan daripadanya.

Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan usaha pelbagai pihak di sana dan mula membuat perbandingan antara negara di media sosial. Antara yang dibahaskan adalah pengaruh artis atau ‘influencer’ yang digunakan dengan baik. Jika di sana Phua Chu Kang atau mesra dipanggil “Uncle PCK” menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan mesej penting negara manakala di Malaysia kecoh dengan artis yang merentas negeri dan tidak mengamalkan SOP.

Mungkin Malaysia juga boleh mengikut jejak langkah ini. Kalau ianya berkesan dan efektif dalam memberikan pendidikan buat masyarakat, kenapa tidak bukan? Di Malaysia ramai sahaja artis yang mempunyai pengaruh besar. Penyertaan mereka di dalam iklan dan video-video kemasyarakatan akan menarik minat ramai. Nak mendidik dan memberikan info serta mesej positif bukan sahaja dengan nada yang serius tetapi dengan menggunakan komedi juga sebenarnya efektif, yang penting mesej itu ada dan sampai kepada rakyat.

Baca juga: “Kalau Ikutkan Dia Warga Kayangan Tapi Rilek Je” – Wargamaya Puji Kavita Sidhu Ada “Class” Tersendiri

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement