Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

Mujur Malaysia tiada letusan gunung berapi…

Published

on

Sebelum adanya teknologi canggih yang memberi amaran bagi sebarang bencana, bencana gunung berapi telah meragut banyak nyawa serta memusnahkan sesuatu kawasan dalam sekelip mata. Letusan gunung berapi yang dasyat juga telah merubah landskap bumi. Di Malaysia, kita mempunyai satu gunung berapi yang dikenali sebagai Gunung Maria di Tawau, Sabah. Tetapi gunung berapi ini tidak aktif dan tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Terdapat 5 letusan gunung berapi yang dasyat dalam sejarah manusia sehingga meragut ribuan nyawa dan memusnahkan banyak bandar-bandar.

Gunung Pelée (1902)

Letusan Gunung Pelée yang terletak di Martinique boleh dianggap sebagai letusan gunung berapi paling dasyat di abad ke-20. Dari letusan itu, sebanyak 30,000 penduduk di kawasan itu mati akibat lemas dengan asap dan juga terbakar. Dikatakan sebelum Gunung Pelée meletus, banyak haiwan yang tiba-tiba lari ke kawasan bandar.

Gunung Krakatau (1883)

Letusan gunung berapi yang paling hampir dengan kita. Dikatakan abu asap daripada letusan gunung ini yang terletak di selatan sumatera, berhampiran bandar Lampung, telah berarak sejauh 840 km ke Singapura. Sebanyak 36,000 orang telah mati akibat letusan Gunung Krakatau pada tahun 1883 ini. Gegaran dari letusan gunung ini begitu kuat sehingga menghasilkan tsunami berketinggian 100 kaki. Tsunami ini memusnahkan 165 buah perkampungan. Sehingga ke hari ini, Gunung Krakatau masih aktif lagi.

Gunung Tambora (1815)

Letusan Gunung Tambora di Indonesia mengakibatkan penduduk di situ mendapat sakit dan kelaparan selepas hasil tanaman semuanya musnah dan tidak boleh tumbuh lagi. Keadaan waktu itu cukup untuk membunuh kira-kira 90,000 orang. Tahun berlakunya letusan gunung berapi Tambora juga dikenali sebagai tahun tanpa musim panas apabila campuran abu asap, sulfur dan gas-gas lain menyekat cahaya matahari selama berbulan-bulan. Ia menyakibatkan turunya salji pada musim panas di Amerika Utara dan juga Eropah. Letusan gunung ini adalah 10 kali lebih kuat daripada letusan Gunung Krakatau.

Huaynaputina (1600)

Gunung berapi Huaynaputina sebenarnya bermaksud gunung berapi baru. Ia merupakan gunung berapi kecil yang terletak di selatan Peru. Walaupun ia disebut sebagai gunung berapi kecil, letusannya pada tahun 1600 telah membunuh lebih kurang 2 juta manusia. Abu asap dari letusan itu telah menenggelamkan lebih kurang 10 buah bandar yang berada berhampiran. Namun, banyak kematian dari letusan gunung ini berlaku 8,800 batu jauhnya di Rusia. Dianggarkan 1/3 rakyat Rusia terbunuh akibat kelaparan. Banyak tanaman yang musnah dan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan.

Laki (1783)

Letusan gunung berapi Laki yang terletak di Iceland ini dikatakan berlanjutan sehingga lapan bulan dan awan gas meletus setinggi 10 batu ke atmosfera. Letusan ini juga menghasilkan jerebu beracun yang meracuni suku dari penduduk di Iceland, dan beberapa ribu orang di Eropah. Dilaporkan juga jerebu daripada letusan ini sampai ke negara Syria. Beberapa juta jumlah kematian dianggarkan akibat dari bencana ngeri ini. Kepulan asap selama beberapa bulan yang menyelubungi sehingga ke Eropah menyukarkan lagi pergerakan kapal di laut. Suhu bumi juga jatuh kerana abu asap terlalu tebal sehingga terlindung cahaya matahari. Jerebu tersebut telah menyebabkan kehilangan sebahagian besar ternakan, tiada hasil tanaman yang subur disebabkan hujan asid, serta kematian akibat kelaparan.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

Kenapa Filem Ini Ditayangkan Selama 24 Tahun?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement