Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Impikan Kebahagian Nikahi ‘Kupu-Kupu Malam’, Akhirnya Dicurangi Di Hadapan Mata

Macam drama TV tapi bukan…

Published

on

Jika di Malaysia, kisah seorang lelaki bernikah dengan seorang pekerja seks hanya berlaku dalam drama televisyen, di Indonesia pula ianya merupakan kisah yang sebenar. Menurut laporan, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja seks kerana sudah mencintai wanita itu dan percaya isterinya itu akan berubah menjadi individu yang lebih baik.

Tapi sayangnya, apakan daya happy ending hanya berlaku di dalam drama televisyen sahaja apabila lelaki tersebut menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri. Habis dalam sekelip mata retak seribu kebahagiaan yang diimpikannya.

Curang Di Rumah Sendiri…

Kecurangan isterinya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka. Sewaktu ditemui, isterinya itu dalam keadaan tanpa seutas benang. Akibatnya, lelaki tersebut pun berang lalu menghayunkan sabit yang ada di tangannya ke arah teman lelaki isterinya. 

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan baru selesai menebas rumput dan terus pulang ke rumah. Bila sampai di rumah, dia terdengar ada suara lelaki lain di dalam biliknya. Apa yang dilihatnya kemudian adalah sangat mengejutkan sehingga dia bertindak mencederakan lelaki yang bersama isterinya itu.

Susulan kejadian, lelaki itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila ditahan pihak polis. Menurut polis, insiden itu menyebabkan lelaki yang dipukul dengan sabit itu cedera pada bahagian kepala dan tangan. Manakala lelaki malang yang melihat isterinya curang itu pula akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Mungkin tindakan mengikut emosi dalam apa jua situasi tidak akan membantu menyelesaikan sebarang kerumitan. Insiden ini benar-benar menunjukkan realiti kehidupan tidak sama dengan apa yang dilihat dalam drama televisyen. 

 

Baca artikel menarik yang lain:

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement