Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Dah Berubah, Tidak Jaga Adab”- Iman Troye Dikecam Warganet Hanya Kerana..

Baru nak seronok buat TikTok, penyanyi lagu Teman ini dikecam peminatnya..

Published

on

Jauh manapun kita menjelajah dalam dunia ini, kita tidak akan dapat lari daripada kecaman-kecaman orang sekeliling. Lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti, di mana segala gerak-gerinya menjadi tumpuan warganet tidak kira sama ada perkara yang baik mahupun sebaliknya. Mencabar juga kerjaya sebagai selebriti ini, boleh dikatakan macam tak ada ‘privasi’ yang sewajarnya seperti orang biasa. Tapi, kalau dah nama pun selebriti ni..mustahil tak ada mata-mata yang akan memerhati.

Tersenarai dalam kategori penyanyi baru 2021, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih mesra dipanggil Iman Troye telah dikecam oleh peminat-peminatnya di Tiktok. Video yang berdurasi 11 saat itu telah dimuat naik melalui akaun Tiktok @thealammm yang telah mengundang kekecewaan para peminat penyanyi lagu ‘Teman’ itu dek kerana dikatakan tidak menjaga adab dan ikhtilatnya di dalam video tersebut. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun kerana terlalu ramai yang mengecam mereka. 

Isi video tersebut menunjukkan Iman tidak menjaga adabnya dan dikatakan bersentuhan dengan lelaki di dalam video tersebut namun apabila dilihat dengan teliti, mereka sebenarnya tidak lah bersentuhan kulit. Hanya tiada penjarakkan diri sahaja di antara mereka. Meninjau di ruangan komen video tersebut, majoriti peminatnya tidak gemar dengan apa yang dipertunjukkan oleh Iman. Ada juga di antara mereka yang merasakan Iman telah berubah terutamanya bila semakin melonjak naik dan dikenali oleh khalayak ramai.

Baca juga artikel menarik lain:

“Laki Tak Marah Ke?” – Eina Azman Kena ‘Sound’ Buat TikTok Dengan Norman

Zaman sekarang ni, semua orang nak buat Tiktok sehinggakan ada di kalangan mereka boleh diangkat menjadi influencers gara-gara terkenal membuat video. Tak kurang juga selebriti-selebriti Malaysia yang turut terjebak menggunakan aplikasi Tiktok sehingga ada yang mendapat gelaran ‘Raja Tiktok’, siapa lagi kalau bukan Aeril Zafrel. Baru-baru ini juga, Fikri Ibrahim turut memuat naik video Tiktok yang pertama dan mendapat perhatian wargamaya dek kerana aksinya yang bersahaja itu dianggap lucu.

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Baca juga artikel menarik lain:

24 Ribu Komen! Netizen Terhibur Tengok Suami Ain Edruce Buat TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement